Tertarik juga membaca kenyataan TM, dan kepada saya sama saja air mata tidak membuat apa apa kepada apa yang telah terjadi, bukan setakat pulau pinang, seluruhnya di negara ini termasuk di negeri kelahiran saya Joor darul Ta'zim. Apa yang ada itu lah yang ada pada bangsa, namun apa yang ada tidak boleh mengoyak perjuangan, bangsa lain juga belajar dari keperitan hidup, sebab itu keperluan merasa bangga kepada kerakyataan di negara ini mestilah mencerminkan kita satu warganegara, jika Melayu tercicir kita mesti menolongnya, jika cina terpinggir kita mesti merapatkan nya, jika india di belakang, kita harus mengangkatnya ke hadapan, kesamataraan bangsa mesti dilhamkan secara senasib dan sepenanggungan itulah iltizam yang harus di pegang oleh rakyat Malaysia.
Tun M sedih kenangkan orang Melayu Pulau Pinang
Tarikh : December 10, 2011
SHAH ALAM – Orang Melayu di Pulau Pinang ketika zaman penjajahan
British dilihat sudah hilang kedudukan di negeri yang membangun dengan
pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, deretan kedai
dan rumah batu seperti mahligai diduduki orang lain, sementara orang
Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya
Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi.
Beliau berkata, mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau
menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas
menjual tanah mereka.
“Apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari,
mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada
pembangunan.”
“Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin
bertambah dan mewah. Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang
terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka,” katanya
yang dipetik dari blognya.
Menurutnya, sukar bagi orang Melayu Pulau Pinang yang dilahir di zaman
ini menggambarkan kehidupan orang Pulau Pinang di zaman British.
“ Apa perlunya kita diperingati akan kedudukan orang Melayu Pulau
Pinang di zaman itu? Sebenarnya tidak perlu. Setelah mencapai kejayaan,
tidak mungkin kita ditimpa nasib orang Melayu Pulau Pinang.”
“Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Kita akan
terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak
pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan