Sabtu, 31 Disember 2011

HARAPAN TAHUN BARU 2012: KITA DAN CABARAN KINI.

Parti Kesejahteraan insan Tanah Air Johor mengucapkan selamat menyambut Tahun 2012. Tahun Baru ini adalah salah satu dari pembuka catatan yang pada hakikatnya kita ingin lebih berjaya di dalam mengurus hidp,mengurus keluarga, mengurus diri,mengurus negara dan mengurus dunia agar lebih aman dan sejahtera. Tahun 2012 adalah harapan kita dengan tindakan pembahruan serta iltizam yang lebih rapi dan terperinci, kita juga menoleh kebelakang untuk melihat tahun 2011 sebagai suatu tahun pengajaran kepada kita dengan sikap tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lalui. Semangat yang kukuh dan kerja keras yang konsisten serta di tambah dengan keimanan dan takwa yang tinggi akan membawa kita ke era baru yang lebih bermenafaat. Seharusnya kita mesti ingat bahawa masa sangat pantas berlalu, dan rebutlah peluang yang tidak datang berkali kali, malah ia hanya sekali didalam kita menempuh peluang hidup ini, sajikanlah sesuatu yang paling baik di dalam hidup kita, untuk keluarga,diri dan negara, semoga ianya memberikan menafaat kepada semuannya selaras dengan tuntutan agama, dan sikap tanggungjawab kita kepada masyarakat, kepada bangsa dan negara yang tercinta ini, selamat menyambut tahun baru dalam kibaran dan perlaksanaan panji panji iman yang kukuh dan wibawa,selamat untuk semua,semoga semuannya berjata,amin ya rabbal alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan