PENGURUSAN
ORGANISASI BERKESAN
PROGRAM
MENINGKATKAN KUALITI KERJA
PENGURUSAN
PARTI Kesejahteraan Insan Tanah Air
Pendahuluan
Urus :
dikelolakan, diselenggarakan dengan baik dan teratur.
Pengurusan :
perihal(kerja) mengurus sesuatu
Organisasi
: kesatuan(susunan) yang terdiri drp bhgn-bhgn orang dlm pertubuhan untuk
tujuan tertentu/kepentingan bersama
Berkesan :
menimbulkan hasil, membawa kepada perkembangan, mendatangkan pengaruh kepada
seseorang/golongan dari segi sikap, kecenderungan.
Kepentingan
Organisasi
1.
Memudahkan bergerak dan bekerja dengan lebih baik/berkesan dan mencapai
kejayaan.
2.
Mewujudkan suasana yang kondusif dengan adanya rangkaian persaudaraan
dan saling menolong.
3.
Memudahkan komunikasi melalui perjumpaan, mesyuarat, arahan dan
sebagainya.
4.
Memastikan kesinambungan dan gerak kerja yang berterusan.
Asas
Pengurusan Organisasi yang Berkesan
Pengurus yang berkesan/kualiti unggul
seorang pengurus:
1. Pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap peranan
dan tanggungjawab yang dipikul.
2. Kemahiran tertentu bagi melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
3. Nilai, sikap dan keperibadian yang wajib dihayati dan
diamalkan.
Pengurusan strategik ialah :
1. Menentu dan menjelaskan visi dan misi organisasi kepada
ahli dan bukan ahli.
2. Menganalisis kekuatan dan kelemahan organisasi.
3. Menjelaskan objektif yang hendak dicapai.
4. Membentuk strategi dan program.
5. Menyusun pelan tindakan.
Intipati
kepada pengurusan strategik;
1. Kefahaman
2. Komunikasi
3. Komitmen
Tuntutan
Kejayaan Organisasi
2.
Merasakan organisasi adalah tanggungjawab bukan kemulian.
3.
Semua kerja bersifat “team work”/ amal jamaie /berkumpulan.
4.
Pembahagian tugas, perancangan dan strategi yang rapi/teratur/kemas.
5.
Mengamalkan sifat ukhuwwah/persaudaraan dan terbuka memberi teguran dan
menerima teguran yang membina(nasihat-menasihati).
6.
Tumpuan,keikhlasan dan pengorbanan yang tinggi dalam menjalankan tugas.
7.
Ketaatan dan kepatuhan yan tinggi kepada pimpinan.keputusan mesyuarat.
8.
Kepercayaan kepada kepimpinan dan kepimpinan perlu arif, adil dan
bijaksana.
9.
Bergerak atas landasan tugas supaya tiada tindanan kerja.
10.
Sistem penghargaan/disiplin wujud dalam organisasi.
Penyakit-penyakit/Amalan
Negatif Dalam Organisasi
1.
Anggap tugas memajukan organisasi adalah terletak atas bahu pimpinan
sahaja.
2.
Anggapan bahawa mesyuarat/perjumpaan adalah medan mengkritik pimpinan.
3.
Suka menangguhkan kerja/lambat bertindak kerana anggap kerja dan tugas
tidak penting.
4.
Menghadiri mesyuarat dengan kepala kosong/tidak bersedia memberi
pendapat/idea.
5.
Mesyuarat memakan masa yang panjang tanpa keputusan konkrit.
6.
Presiden, Setiausaha dan Bendahari tidak berfungsi dan gagal
menggerakkan exco dan ahli.
7.
AJK tidak mempunyai tanggungjawab yang khusus dan gagal
berfungsi/memahami tugas.
8.
Keputusan mesyuarat tidak dipatuhi dan dilaksanakan. Program tidak
dikaji keberkesanan dan tiada “follow up”
9.
Kebanyakan tugas mesyuarat terbeban ke atas satu pihak sahaja seperti
Setiausaha/Presiden dan exco sahaja.
10.
Tiada ketaatan dan kepatuhan kepada pimpinan.
11.
Menggunakan jawatan untuk bermegah-megah atau bukan atas dasar amanah.
Kesimpulan
1. Berorganisasi di
peringkat sekolah merupakan satu pendidikan/tarbiyyah amali dalam mempraktikkan
ilmu yang dipelajari. Adalah tidak wajar menganggap melibatkan diri dalam
organisasi di peringkat sekolah hanya untuk “suka-suka” atau “main-main”.
2. Kepimpinan masa
hadapan lahir pada hari ini. Setiap orang dilahirkan sebagai pemimpin dan
darjah kepimpinan seseorang berbeza. Bakat kepimpinan perlu disemai, diasuh ,
dan dipupuk untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkarisma. Sekolah
adalah medan terbaik untuk melahirkan pemimpin.
3. Jika tidak mampu menjadi pemimpin yang wibawa, jadilah
pengikut yang setia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan