Siri 1 : TARIKH DAN PERISTIWA
DALAM TAMMADUN
ISLAM.
OLEH : Drs. Mohd
Zaid Bin Mohd Yusof (USU) .
:
Sesungguhnya Rashia penyibaran luas Islam di muka bumi ini adalah sangat unik,kejayaan
dan kegagal ketamaduanan Islam berasaskan kepada ummatnya mempertahankan
keimanan dan ketaqwaan.Tarikh dan peristiwa penting ketammadunan itu
membuktikan kebenarannya dan keebenaran
itu telah dibongkar,ternyata semuanya itu pasti tiba dan kita adalah
penyambutnya ketibaanya.
Buku ini membongkar Rashia tersebut.
MUKADIMMAH
Anda perlu mengetahui sebagai
pengetahuan dan ilmu,tentang manusia masa kini dan tammadunnya. Tidak ada masa
kini, jika kita tidak menoleh ke belakang untuk melihat masa lalu. Kehadiran
Islam telah banyak membantu ummat manusia,malah telah mempelopori kemajuan tammadun manusia.
Masih
banyak lagi yang tidak kita ketahui tentang masa lalu, tentang sejarah tammadun
manusia, tentang manusia dan agama, manusia dan teknologi,manusia dan
kepribadiannya, manusia dan sosio-polotik serta ekonominya dan juga kisah tokoh tokoh yang unik,kisah Nabi dan
Rasul,kisah kebesaran dan keajiban Allah s.w.t, malah kisah alam dan cakarawala
yang kesemuanya ini berhubung kait dengan peristiwa manusia Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Bismillahirrohmannirohim,
marilah kita memohon keberkatan kepada Allah s.w.t. agar apa yang dipelajari
ini akan diberkati, ditambahkan ilmu dan memperolehi menafaat daripadanya,
selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan kekasih
Allah, dan telah menyibarkan risalah Islam di atas permukaan bumi ini, dan
dengan hidayah Allah maka perolehlah diri kita sebagai seorang Islam, dan Alhamdulillah
kita dapat menjadi Ummat Muhammad s.a.w.
Ya Allah, sesungguhnya hidup
kami, mati kami, segala urusan kami adalah kerana mu, Ya Allah kau tambahkanlah
Ilmu kepada kami, kau berkatilah kami,
Kau ampunkanlah dosa kami,
kau cucurilah rahmat ke atas diri kami
dan keluarga kami dan juga seluruh ummat Islam, semoga kami terus mendapat
perlindungan mu.
Ya Allah, Kau ampunilah dosa
kedua Ibu Bapa kami,guru guru kami,sahabat sahabat kami dan seluruh ummat Islam,
hanya dengan keampunan mu sahajalah yang kami harapkan, sesungguhnya sebagai
insan yang kerdil dan lemah ini kami sentiasa membuat kesilapan yang nyata
maupun yang tidak nyata,yang kami sedari maupun yang tidak kami
sedari,sesungguhnya kau lah yang maha pengampun.
Apa yang disajikan di dalam
buku ini adalah awalan Tarikh dan
peristiwa penting dalam Tammadun Islam. Tarikh ada kaitan dengan
sejarah, dan sejarah pula memiliki faktornya, apakah faktor sejarah itu ?
Faktor
sejarah adalah MANAUSIA,TEMPAT DAN
WAKTU. Manusia adalah kejadian awal yang berpentas di muka bumi ini.
Lakonan dan usaha manusia itu meninggalkan kesan pembangunan dan Ilmu pengetahuan,
ianya berkembang dari masa ke masa. Perkembangan
daya usaha manusia dan sejarahnya boleh di lihat dari pelbagai sudut. Tinjauan
yang menjadi perhatian didalam tulisan ini adalah dari sudut Agama mengenai peristiwa ketammadunan manusia itu, dan
sebahagian dari tamaddun itu sangat penting di rujuk bagi membuktikan segala kebenaran, dan menyedarkan manusia di dalam memenuhi tanggungjawabnya di muka bumi
ini.
Kisah kejadian benda dan
alam, kisah Nabi nabi dan seterusnya sampailah kepada perkembangan tekonologi
alaf baru membuat manusia semakin teguh imannya atau semakin luntur ? Manusia
yang beriman dengan amal Islam telah membuktikan lembaran
sejarah ketamaddunan Islam sangat cemerlang,malah Islam suatu ketika diletakkan
sebagai suri tauladan kepada ketamaddunan kehidupan manusia.
Malangnya
pada hari ini, Islam telah di lebelkan sebagai terorris,pengganas dan wajah Islam
dianggap menakutkan oleh segelintir ummat manusia yang bukan Islam, malah hasrat
mereka untuk membenamkan Islam dari masa ke masa sentiasa di teruskan, justru itu
ummat Islam mestilah sedar dan bersatu,mestilah memperlengkap kekuatan dengan
Ilmu Agama, ekonomi dan tekonologi.Kesemuanya ini penting, dengan Ilmu, Iman
dan ketaqwaan maka Islam akan kembali menyerlah dan kebenaran akan dapat terus
disuburkan akhirnya menerusi ilmu Islam ,dunia
dan manusia akan menjadi lebih selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan