BEMUDA BERANG KERANA PERMOHONAN PENEMPATAN BARU
TIDAK DI JAWAB OLEH MENTERI BESAR JOHOR.
Labis,
Ketua PARTI KITA Dato Zaid Ibrahim telah berkunjung ke Labis
dan mendengar rintihan dan pandangan dari penduduk setempat, antara tempat yang
di lawati adalah di Kg Sawah Baru, di dalam perjumpaannya dengan Pengerusi Ngo
Pertubuhan Genderasi Bemuda(Belia dan Golongan Muda) Segamat ,En Rasdi Bin
Yakob telah mengangkat persoalan Masallah Penempatan Genderasi Kedua di Kampong
sawah Baru, ujarnya permohonannya itu telah di sampaikan sebelum ini kepada
Menteri Besar Johor, tetapi tidak di jawab sehingga kini. Katanya lagi
permohonan ini telah juga di sokong oleh wakil rakyat setempat, tetapi kelihatan mengecewakan.
Perohonan penempatan ini, di dimohon oleh seramai 100 orang peserta yang
merupakan anak tempatan, beliau sangat kecewa apabila ngo ini mendapat tahu
permohonan dari golongan kaum lain telah di luluskan, sedangkan Bermuda lebih
awal membuat permohonan sejak setahun yang lepas. Di tanya kepada beliau jika
permohonan ini tidak diluluskan, apakah tindakannya,ujarnya lagi jika kerajaan
tidak membantu kita, kita juga tidak akan dapat menyokong kerajaan, malahan
kita akan berkerja keras untuk menukar kepimpinan. Pada perjumpaan Bermuda
dengan dato Zaid Ibrahim, seramai 100 perserta telah turut hadir, dan
perjumpaan ini memberikan makna kepada mereka disebabkan ada pemimpin parti
KITA yang sanggup mendengar rintihan dan pandangan mereka.
LABIS :AGENDA RAKYAT MENGUBAH
PEMIMPIN BN
PILIHANRAYA KECIL DITENANG
HANYA TINGGAL JANJI KOSONG.
Pengundi dikawasan
Air Panas Dun Tenang En Samsuli Ibrahim merangkap bendahari Belia Muda
menyatakan kekesalannya ekoran dari janji janji Wakil rakyat DUN Tenang untuk
memperbaiki kesan dari banjir yang melanda DUN
tenang semasa menghadapi pilihanraya yang lepas, Wakil rakyat dikawasan
tersebut YB Azahar Ibrahim dituntut membuat pembelaan kepada nasib mereka yang
menghadapi kerungian dari banjir yang melanda kawasan terseut. Beberapa
infrastrukutr di kawasan tersebut seperti Jambatan, kerosakan rumah rumah
mangsa banjir masih tidak diendahkan, malah ada di kalangan mangsa banjir
tersebut sehingga kini tinggal di pondok usang, seperti di kampong tenang, kg
Air Panas dan Kampong sawah Baru. Ujarnya lagi Wakil rakyat DUN dan Ahli
Parlimen mestilah mengambil berat di atas masallah ini, dan adalah paling
menyedihkan beberapa aduan telah disampaikan,tetapi wakil rakyat tersebut
mendiamkan diri. Menurut Suli jika keadaan ini berterusan amatlah malang kepada
pengundi yang telah mengundi Barisan Nasional. Sementara itu menurut En Salleh
Bin Talip penduduk Kg sawah Baru memberi komennya mengatakan adalah penting
kepentingan rakyat di dahulukan dan ia mestilah bersesuaian dengan selogan yang
di wqar warkan oleh Perdanan menteri, jika tidak rakyat menganggap selogan itu
adalah selogan kosong saja, di tianya kepada beliau jika wakil rakyat masih
berdiam diri, apakah pandangan beliau untuk mengatasi persoalan ini, ujaranya
mereka wakil rakyat mestil;ah malu pada diri sendiri, katannya lagi ubahlah
perangai, sebelum mereka di ubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan