143 Replika beruang sebar mesej toleransi dan persefahaman
Digital 5 Editorial
- Friday, December 09, 2011
Antaranya Beruang Malaysia, yang dihasilkan oleh pelukis terkenal tanah air, Imuda, yang ditampilkan semasa pelancaran pameran itu oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail di Pavillion Kuala Lumpur.
Beliau berkata Kuala Lumpur bangga menjadi tuan rumah pameran lapan hari itu, di bawah naungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, oleh kerana ia akan menarik kedatangan lebih ramai pelawat ke bandaraya ini.
"Kuala Lumpur bangga dapat menyokong The United Buddy Bears, duta perpaduan antarabangsa," kata beliau.
The United Buddy Bears yang juga bertujuan mengutip dana untuk kanak-kanak kurang mampu di seantaro dunia, pertama kali dilancarkan di Berlin, Jerman pada 2002.
Sejak itu ia telah mengembara ke lebih 15 negara dan Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama dipilih untuk kunjungan itu.
Dengan tema "The Art of Tolerance" (Seni Bertoleransi), The United Buddy Bear World Tour berharap dapat mengumpul dana dengan melelong beruang-beruang berkenaan setinggi dua meter itu dan wang terkumpul akan disalurkan ke pelbagai tabung kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan