Khamis, 1 Disember 2011

ASAS PENTING MEMBANTU MALAYSIA

Sorotan Parti KITA untuk membantu rakyat malaysia menyedari potensi mereka kata Drs Mohd zaid ada tercantum di dalam manifesto seperti langkah langkah yang perlu di ambil melampaui bidang ekonomi, meliputi semua bidang dasar negara untuk mengembalikan keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Ini memerlukan penerimaan dan pemulihan nilaqi nilai asas semasa negara kita ditubuhkan dahulu. Dengan demikian, kita mencadangkan: 
* Mengujudkan kumpulan wang amanah warisan negara berasaskan bahagian bahagian tertentu daripada hasil petrolium dan gas. Ia di gunakan untuk membiayai mengexpoltasian sumber modal insan dan untuk memenuhi keperluan genderasi akan datang. Dana ini hanya akan digunakan dalam membangunkan sumber manusia dan bukan untuk membayai projek pembangunan.
*Menutup jurang digital dan jurang pengetahuan di antara kawasan bandar dan laur bandar, dan menyokong kaedah pendidikan berasaskan teknologi. Kerajaan mesti lebih bertanggungjawab dan telus dalam pemberian kontrak melalui lelongan spektrum jalur lebar kepada penyedia pekhidmatan yang baru.
Dana penyediaan perkhidmatan sejagat mestilah digunakan dengan lebih keratif bagi meningkatkan jangkauan dan mutu akses internet kepada masyarakat luar bandar dan kurang bernasib baik. Dana ini bukan untuk digunakkan di dalam pengagihan komputer riba semasa kempen pilihanraya.
*Melabur dalam mengujudkan penyelidikan dan pembangunan dan fasilitas yang lebih baik. 
*Kini kita perlu mengalihkan tenaga kita untuk mengujudkan kekuatan dalaman di kalangan rakyat Malaysia. Kita mestilah menggalakkan meritokrasi, kecemerlangan dan pencampain berprestasi tinggi, tanpa perlu melihat kepada Quota dan peratusan. Lagi pun selama 50 tahun yang lalu telah menunjukkan bahawa semua masyarakat, termasuk melayu mampu mengecap kecemeralangan dan mencapai piawaian tinggi, kita akan membawa pandangan yang positif dalam agenda baru untuk negara : Sebuah Agenda Harapan di mana rakyat Malaysia benar benar bersatu dan berganding bahu untuk menggerakkan negara ini menjadi antara negara negara yang lebih berjaya di Dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan