Rabu, 7 Disember 2011

DAH MENGAKU DAN RAKYAT PERLU SAMBUT UNTUK PERUBAHAAN

BN hormat keputusan rakyat: Muhyiddin
Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 8, 2011
Tan Sri Muhyiddin Yassin
CANBERRA - Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) begitu matang dalam proses politiknya untuk menerima dan menghormati keputusan rakyat dan juga undang-undang walaupun tidak memihak kepadanya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, sebagai contoh kekalahan BN dalam beberapa pilihan raya kecil, jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak memanipulasi proses pilihan raya seperti yang didakwa parti-parti pem­bangkang.
 
Muhyiddin berkata, BN sebagai kerajaan bertanggungjawab selama 54 tahun, sentiasa meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaannya.
 
“Jika anda berasa dalam beberapa hal, kerajaan memanipulasi keadaan sama ada melalui proses pilihan raya atau melalui agensi penguat kuasa yang lain, cuba bayangkan apa yang telah anda jangkakan. Mungkin ada masalah.
 
“Tetapi, kita tidak begitu. Kita memang terima (keputusan itu) kadang kala dalam pilihan raya, kadang kala dalam mahkamah undang-undang kerana kita telah begitu matang dalam proses politik. Kita terima keputusan walaupun ia tidak menyebelahi kita,” katanya apabila menjawab soalan daripada peserta selepas menyampaikan syarahan umum di Australian National University, di sini, semalam.
 
Menjawab soalan lain, Muhyiddin berkata, BN walaupun ia tidak mahu menjadi pembangkang, tetapi ia bukan merupakan keputusan parti kerana pada akhirnya, undi rakyat menentukannya.
 
“Jika mereka berasakan BN masih yang terbaik, pada masa itu mereka akan mengundi untuk BN tetapi jika mereka memutuskan sebaliknya, seperti dalam kes negeri Selangor, saya percaya kita sudah cukup matang untuk menerima kenyataan itu.
 
“Tetapi, jika rakyat memutuskan sebaliknya, pada masa itu anda perlu menerimanya juga,” katanya.
 
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, juga ditanya mengenai komitmen Malaysia dalam menjamin pendidikan kekal sebagai satu daripada agenda utamanya.
 
Katanya, beliau percaya bahawa pendidikan merupakan satu cara untuk menggerakkan rakyat untuk maju dan meletakkan mereka dalam kedudukan berpendapatan tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan