Khamis, 1 Disember 2011

PENJANAAN ISU UMNO YANG LESU DALAM PILIHANRAYA KE 13

Contohnya Isu Hitam matlik dan haramenjadah, ini macam cerita bergaduh dalam kandang kanak kanak, jadi kita tidak berminat isu itu, apa yang ingin kita katakan adalah respon ke arah keselesaan rakyat dan kemudahan mereka di dalam kesempitan hidup masa kini. Maksud kita kewajaran kenaikan harga barang yang sudah tidak mampu dibendung oleh parti yang memerintah, kehilangan barang kawalan yang diseludup ke luar negara tanpa pengawalan yang ketat, dan daya beli yang kurang di dalam masyarakat, yang sepatutunya memerlukan segala keperluan asas. Jika persoalan asas tentang dapur rakyat tidak diatasi dengan segera, maka ia akan memberikan impak besar, lebih lebih lagi dengan kekurangannya tanaman permakanan di negara ini, berbanding dengan import yang swedia ada. Apa pun yang penting jumlah pendapatan yang sekedar diwarkan secara tiori dengan praktinya yang dihadapi oleh rakyat, sangat menyinggung perasaan rakyat, lebih lebih lagi UMNO asyik berbicara fokus pru ke 13,  dalam masa yang sama banyak persoalan asas dan janji wakil mereka diabaikan, dan rakyat merasakan denyut nadi itu sebagai suatu racun kuasa yang sedang melanda di dalam pemikiran pemimpin UMNO. Maka itu ucapan mukadimmah presiden UMNO itu terasa lesu dalam sudut pandangan rakyat, kerana ia juga sekedar membakar julang untuk debu dan abu berterbangan, yang akhirnya bakal menyesakkan mereka sendiri, inilah maksud kelesuan dan isu yang mengucut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan