Selasa, 13 Disember 2011

Dato Zaid Mengangkat Isu Panas Dalam Wacana anjuran Sinar Hairan

Parti Kesejahteraan Insan Tanah air (KITA) Negeri Johor, telah menganalisa kenyataan dato Zaid Pada wacana tersebut di sahah alam, ternyata Dato Zaid telah memberikan buah fikirannya yang sangat berkualiti, beliau menegaskan Siapa menjadi Penentu dalam Pengundian PRU ke 13 ini ? Fokus beliau adalah kepada orang Melayu sebagai pengundi menjoriti, dan Melayu yang bagaimana bermaksud melayu yang mengangkat nilai murni,menolak rasuah dan mengurustadbir baik untuk negara, maka tidak salah Dato Zaid melihat kedepan mengenai nasib masa bangsa melayu sebelum apa apa terjadi terhadap kehilangan kuasa melayu di negara ini, pandangan yang cukup bernas itu di sambung seperti kenyataannya berikut;
Keberanian Melayu penentu keputusan PRU-13: Zaid
Oleh : SH NASIONAL / FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
Tarikh : December 13, 2011
zaid
SHAH ALAM - Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan menjadi sesuatu yang mengejutkan dan membuka ruang baru dalam politik negara jika rakyat negara terutamanya Melayu berani dan sanggup membuat perubahan besar.
Menurut Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim, faktor utama yang akan menentukan keputusan PRU-13 adalah kesanggupan orang Melayu, sebagai pengundi majoriti, untuk melaksanakan perubahan.
"Persoalan utama adalah sama ada orang Melayu ingin terus diperintah oleh hanya sebuah parti, dan adakah mereka sanggup menerima demokrasi tanpa melibatkan parti pemerintah pada masa ini?," katanya.
Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menolak persepsi orang ramai bahawa ahli politik yang lompat parti tidak mempunyai prinsip dan pendirian.
Malah menurut beliau, tidak semua yang kekal dalam sesebuah parti itu adalah orang berprinsip dan baik untuk negara kerana mereka mungkin kekal serta menunjukkan kesetiaan kerana mempunyai kepentingan peribadi.
"Jika anda mempunyai pendirian tertentu, anda akan memfokuskan perjuangan anda kepada perkara pokok. Dalam politik, bukan mudah untuk menegakkan prinsip sendiri.
"Sukar untuk mengimbangi kepercayaan anda berbanding apa yang diperjuangkan parti kerana politik adalah bidang yang sukar. Pandangan anda mungkin tidak diterima (oleh parti politik sendiri).
Beliau turut menegaskan tidak semua ahli politik yang bertukar parti itu adalah orang yang suka mencari kesempatan walaupun tidak menafikan golongan itu wujud dalam dunia politik Malaysia.
=end=


Tiada ulasan:

Catat Ulasan