Jumaat, 2 Disember 2011

KOMUNITI KAUM TERPINGGIR : LANGKAH MENGHIDUPKAN SEMULA.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) diperkhabarkan ada usaha pihak tertentu untuk membina semula semangat muhibbah antara kaum. Apa yang ingin saya katakan langkah ini telah pun dibuat sebelum ini,sejak merdeka lagi, walauapa pun usaha tersebut telah diganggu oleh fahaman politik sempit yang menyebabkan kerasukan dan taksub kaum di mainkan semula, akibatnya akan ada kaum yang terpinggir. Kaum Melayu terpinggir dari menguasai ekonomi negara, dan tidak menjadi Johan kaya di negara sendiri, Kaum India di labelkan sebagai kaum yang sedang dalam delima dua arah dalam gelombang kaya yang minimun,tetapi ramai yang masih lagi miskin, manakala kaum Cina di sandarkan sebagai kaum yang berada di negara ini, walhal mereka semua adalah rakyat Malaysia. Kerakyatan negara ini lebih penting di bicarakan daripada mengangkat soal kaum dengan meminggirkan kaum lain, siapakah punya angkara yang memisahkan perpaduan kaum ? Tidak lain tidak bukan mereka yang mengunakan isu ini adalah ingin menjadi juara pada kaumnya sendiri, Kalau Melayu,tentulah UMNO - PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU , kalau cina tentulah DAP, sebab Tan Sri Muhyiddin yang mengesahkan DAP bersifat perkauman dan ingin menjadikan negara ini negara republik, manakala kaum India - MIC,yang didominasikan juga oleh pukulan gong Makal Sakti, bercakap soal India! India dan India perlu bantuan dan di sokong. Sekarang ini apa masallahnya, tidak lain mereka dialat oleh parti parti politik perkauman sempit yang boleh mencetuskan emosi bahaya dan akhirnya jika tidak dikawal akan wujud perbuatan minta darah, seperti apa yang di katakan oleh PERKIDA, akan mempertahankan ketitisan darah terakhir untuk bumi Malaysia ini. Apa nih semua, siapa pukul gendang siapa pula yang menyahutnya, padahal dari parti apa pun kita yang penting adalah mengelakkan kehidupan kaum terpinggir dan memulakan langkah perpaduan kaum yang kian sakit di Bumi Malaysia yang telah merdeka hampir 100 tahun tak lama lagi, mampukah negara ini bertahan untuk 100 tahun kerukunan berkaum di negara ini,tepuk dada tanyalah Iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan