Rabu, 7 Disember 2011

MERDEKA YANG SEBANRNYA DARI DIJAJAH OLEH BANGSA SENDIRI !

Pada biasanya Pilihanraya Umum adalah peluang kepada rakyat untuk menilai semula sejauhmana pemimpin mereka berhasil membawa kemakmoran kepada rakyat, wakil rakyat adalah pemimpin yang di amanahkan oleh rakyat untuk memenuhi kehendak kemajuan kepada rakyat. Rakyat perlukan kemajuan dan kebaikan dalam cara hidup, rakyat memerlukan keamanan, rakyat memerlukan suatu perubahaan yang lebih baik dalam hidup mereka, rakyat memerlukan kedamaian dan keselamatan, rakyat perlukan identiti yang baru setelah melalui liku zamannya, kerana masa berubah begitu pantas, jika ini semuannya menjadi kemahuan rakyat, maka pilihanraya ke 13 membayangkan apakah yang di pinta oleh rakyat itu sudah berhasil atau belum berhasil, atau masih perlu meraih hasilnya ?

Maka itulah yang menjadi penentu kepada rakyat samada akan terus merubah pemimpin mereka atau mempertahankanya, biasanya rakyat tentu mengetahui Isu Nasional atau lokal apa yang terjadi masa kini, apakah kerugian yang sedang di tanggong oleh negara dan negeri, dan bagaimana stuasi keamanana masa kini? semuannya akan menjadi penilaian kepada rakyat, apatah lagi dengan kenaikan harga barang yang secara melampau, menyebabkan kehidupan rakyat kian terdesak, apa kah ini akan menyebabkan rakyat boleh bertolak ansur undi yang akan di berikan oleh rakyat kepada pemimpin sedia ada, atau rakyat menggunakkan kuasa mereka untuk menghalang segala bentuk penyelewengan, penipuan,kehilangan harta negara, kenaikan cukai yang mendadak, dan taraf hidup yang kian menekan, maka saya pecaya rakyat mampu untuk menilainya.Bagi Parti KITA pula akan terus menegakkan kebenaran berasaskan isu yang diangkat demi menyelamatkan rakyat dari menghadapi kesulitan dalam kehidupan. Parti KITA akan memastikan perjuangannya konsisiten, rasuh harus di tentang habis habisan, harta negara yang dirompak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab harus di kembalikan kepada rakyat, dan pengisian hidup rakyat dengan nilai dan etika murni mestilah di lestarikan, dan itulah yang semestinya juga di fikirkan oleh rakyat di dalam menghadapi pilihanraya ke 13 ini, mudah mudahan sampai masanya negara ini dipanji panjikan dengan kibaran yang sebenarnya merdeka dari di jajah oleh bangsa sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan