Isnin, 5 Disember 2011

PERPADUAN KAUM ITU SANGAT PENTING,JANGAN DIABAIKAN !



 
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM
         Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kitasayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagimengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslahbergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus kewawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakrabanrencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagimenyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air keranapembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripadasemua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif danefektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagimemperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harusditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaanmempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaanmengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambutperayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menterikita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasakerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yangtediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Merekamenghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakatyang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaumdalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum diMalaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduankaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatanyang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktivitiyang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan salingmembantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikapmementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun,sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandaryang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendirimenyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untukditerapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan sepertiaktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untukmenjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapatdilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yangterbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiaprakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yangbersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
 
          Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan programHari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysiadapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilaikeakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu,menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadirdapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitandengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosoknegara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Disamping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untukkakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentukperpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Harikeluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum dinegara kita.Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalankomunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satusystem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telahmewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yangmenempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jeniskebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepatproses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankandapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu,penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasaperantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagaikaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa.Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negarakita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.

        Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat danharapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. NegaraMalaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyatboleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan,pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagaicontoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisionalorang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. MakananIndia seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain.Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapatmenimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnyamengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan