Isnin, 12 Disember 2011

PENGGUNA DAN PEMIIK PENGANGKUTAN AWAM DI BATU PAHAT: HANTAR MEMORANDUM DAN PROKLAMASI KEPADA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) negeri Johor telah bersama dengan Ngo Kereta sewa di batu Pahat untuk menuntut janji Menteri besar Johor bagi menaik taraf terminal keretas sewa di batu Pahat, Perjumpaan itu turut di sertai oleh wakil guaman KITA di pusat dan telah membacakan memorandum tersebut kepada wakil yang menerima memorandum iaitu Ketua kerani di pejabat tersebut, memandangkan Yang dipertua majlis tiada di Pejabat, Setiausaha Majlis juga tiada di pejabat, malah P.A kepada YDP juga tiada di pejabat dan ekoran dari itu Ketua Parti Kita negeri Johor menyatakan persoalan yang kecil ini jika tidak di selesaikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor, adalah sangat memalukan. Setiausaha persatuan tersebut pula encik Baharin bin Ibrahim menjelaskan, keadaan di terminal yang sedia ada adalah amat tidak selesa, malahan pengerusi persatuan En Mohd Azhareen Bin Abd Rahman menerangakan yang beliau pernah di tanya oleh pelancong dari Singapura yang terkejut melihat kedaifan terminal tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan