Jumaat, 6 Januari 2012

Alahai Nasib Orang melayu yang tak faham ?

Jam 11.00 pagi tadi saya menuju ke Jalan soga di Batu Pahat, saya kemudiannya masuk ke sebuah kedai mamak untuk minum teh, kebetulan saya ternamapk seorang kawan lama duduk di penjuru kedai itu dan sedang minum teh bersama seorang lagi rakannya yang sata tidak kenali. Tiba tiba di menyapa saya dan dengan pantas saya menjawab sapaannya itu, lalu saya ringkaskan cerita kami duduk berbual dan bercerita tentang negara ini, katanya kepada saya orang melayu harus bersatu, jika ingin kekalkan kuasa di negara ini, sebab orang melayu telah berpecah belah, di tambah lagi orang Melayu pun mengkhinati orang Melayu macam mana orang melayu akan boleh kekalkan kuasa? lebih parah orang melayu hari ini sudah tidak dapat membezakan perjuangan,mereka lebih terpaut untuk mengejar keuntungan dan mendapatkan materil tanpa peduli, apa yang terjadi. Katanya lagi kita jangan memperjudikan masa depan orang melayu dengan mengundi parti baru dan parti pakatan sekarang ini belum mampu untuk memimpin negara.
Saya mendengar celoteh kawan lama saya itu, saya kata kepadanya jangan cerita perpaduan jika orang melayu tak faham maksud perpaduan, jangan certia soal rakyat jika orang melayu meminggirkan kaum lain, jangan cerita rasuah jika banyak melayu rasuah di dalam parti yang memrintah hari ini, jangan cerita perjuangan jika hak orang lian di pinggirkan, yang merosakkan orang Melayu adalah pemimpin UMNO yang tidak bertanggugnjawab, banyak sekali dan yang bersih sedikit sekali, kata saya, malah yang memalukan saya kini ada orang melayu yang masih tak faham negaranya hampir terjual dengan hutang yang berbillion, malah jika dibiarkan akan menjadi trilion, apa yang anda katakan tadi saya anggap anda adalah orang melayu yang tidak mengikut perkembangan semasa, jauhkan orang melayu dari menjadi lembu di cucuk hidung, itu pesan saya kepada kawan saya itu, jika kita yakin untuk berubah inilah masanya kata saya kepadanya.detik hati saya berbunyi alahai nasib orang melayu yang masih tak faham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan