Jumaat, 6 Januari 2012

APAKAH LEBIH LUNAK RAKYAT SAKSIKAN BERUBAH KERAJAAN PRU KE 13.

Pakatan Rakyat pada pru ke 13 boleh menang besar ? Kenapa tidak. Kuncinya adalah stratige yang tepat dan betul. Masa berubah ada di tangan rakyat, walaupun semua rakyat mengetahui politik mMalaysia sedang bergolak, namun menjadi teka teki parti mana yang menang, Barisan Nasional atau pakatan Rakyat.Ada yang berkata BN akan menang sebab penentunya pengundi Hantu !, ada pula berkata Orang Melayu menjadi Penentu kepada kemenangan mana mana parti akan datang, ada sebut pengundi muda wanita, tak kurang juga menyebutkan Undi cinalah menjadi penentu.
Walau apa pun sangkaan, andaian mapun tanggapan setiap pihak tentu ada asasnya, yang hendak saya perkatakan, adalah PRU ke 13 Pakatan Rakyat akan menang besar, yakin atau tidak kita saksikan, jika Pakatan ini mempunyai stratige yang tepat dan betul, asasnya apa ? Asasnya internal UMNO dan BN hari ini seumpama tidur sebantal mimpi lain lain, manakala Pakatan Rakyat pula disinonimkan sebagai perbezaan ideologi yang ketara dan mungkin sama juga praduga itu. Untuk menangkis praduga itu sudah tentu ini lah kesempatan terbaik dari Pakatan rakyat untuk membarisakan semupa pihak oposisi dari yang kecil hingga yang besar supaya bersatu di bawah payong Ikatan Pakatan, Maka itu perlu bukan saja istilah pakatan di perkukoh menjadi ikatan, malah ia perlu di garap sebagai Ikatan Mufakat Pakatan .
Mungkinkah Ikatan Mufakat Pakatan ini dapat di netaskan pada mana mana konvensyen parti parti oposisi, terpulang lah di atas kebijaksanaan pimpinan dan Majlis pimpinan tinggi mana mana parti oposisi.
Apakah peranan yang boleh di bangkit dari Majlis Ikatan Mufakatan Pakatan itu, tidak lain adalah ia mestilah bersendikan membuang kepentingan parti dan mendukung kepentingan kehendak dari semua parti oposisi, tidaklah terlalu sukar, sebab yang penting matlamat oposisi kerajaan yang ada harus di tukar, dan untuk menukarnya perlu ada pengertian dan pemahaman, jika kedua unsur ini wujud dengan berasas kan kepentingan menyelamatkan negara dan merancang masa depan Malaysia yang lebih baik, maka akan menanglah Pakatan Rakyat, dengan ikatannya yang sejati.
Kemenangan boleh di capai, sebab keyakinan rakyat semakin meningkat, isu negetif BN semakin bertambah dan kelobaan mereka secara nyata dan jelas semakin kelihatan, Dulu ramai orang berkata pakatan menang sebab kelemahan BN, maka unsur itu masih ada walaupun tidak boleh dianggap mutlak, namun jelas sikap berebut dan pemilihan calon wakil rakyat dari BN bukannya adil sangat, malah akan mengecewakan banyak pihak, belum bertarong lagi,mereka sudah bertikam. Hal seperti ini ,tidak harus wujud di dalam pakatan rakyat, dan oposisi, sikap saling memahami dan saling mengatur tindakan yang selaras dan segigihnya akan membawa Ikatan ini berjaya.
Banyak desas desus yang digambarkan serang apa dan bagaimana yang akan di gunakan oleh BN, begitu juga oleh Pakatan Rakyat, yang jelas rakyat sudah cukup masak, untuk itu bertindaklah secara jujur dan berkesan, kebenaran akan tetap timbul ,manakala yang bathil akan tenggelam.Rakyat kini harus membariskan jumlah kerugian negara yang harus di tanggung oleh genderasi akan datang, pemimpin harus rasional untuk menyatakan yang benar dan salah, manakala yang salah perlu terus di hukum, bukan mencari alasan lepas dari hukumnan, rasuah, dadah,kenbaikan harga barang, kesempitan hidup rakyat semuannya adalah belenggu seperti rakyat sedang memperjuangan sepotong roti seperti revolusi prancis, apakah hal ini menghampiri kebangkitan rakyat untuk lebih lunak menukar kerajaan, saksikanlah nantinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan