Rabu, 11 Januari 2012

Antologi Puisi 3.


BILA JARUM ITU BERDETIK
Bila jarum itu berdetik
dia tak akan berundur
dia terus ke depan dan tidak terdengkur
Sambil melihat ia berdetik lagi
dia lagi berpacu dengan laju dan tersentak
sudah masuk ke tahun baru
di sana dan di sini terus menanti
bila bermula pru 13 kini
Bila jarum itu
mahu berdetik, tidak setitik pun akan terlupa
di paru paru pemimpin itu
ada masa,masih menunggu
kekalkah aku
atau dinyah dari kerusi itu
saatnya bila jarum itu berdetik.

OLEH : Drs Mohd Zaid Mohd Yusof

SI PENCULIK ITU

Ada kata
yang berkata kata
pingin apa yang di kata dalam kata kata
agar terpikat ikat
sebelum meluncurnya kemenangan dan keagungan
lantas kau semua di pentas ini
telah diculik
dari sebuah kata kata
dari si penculik itu.

Oleh : Drs. Mohd Zaid Mohd Yusof.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan