Isnin, 2 Januari 2012

MASIH INGAT TUN RAZAK ?

Tun Abd Razak adalah Perdana Menteri kedua iaitu

Memimpin dari tahun 1970-1976, bertanggungjawab memperkenalkan DEB. Ianya dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia ke dua 1971-1975 yang bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur ekonomi masyarakat. Memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan dan menyusun stratigenya di kawasan luarbandar mapun di dalam Bandar, adalah merupakan perintis yang cekal dan wibawa terhadap bangsanya.

Pada tahun 1970 di perkirakan kira kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 adalah RM200.00 dan 86% berada di luar Bandar.Pada tahaf kedua, bagi memastikan DEB tercapai, kerajaan telah mencuba meperbaiki keadaan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Berasaskan kepada ketidak seimbangan kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan,pertanian,perlombongan,pembinaan,dan pengangkutan.


Pegangan ekuiti koperat Bumiputera telah meningkat dari 2.4% 1970 kepada 17% pada tahun 2000, jika dahulu tiada intitusi perbankan yang mempunyai pemilik majority bumiputera, tetapi sekarang bank bank utama di Malaysia dimiliki serta diurus oleh Bumiputera.Golongan perniaga bumiputera juga telah wujud,walaupun kebanyakkan mereka berstatus industeri kecil dan sederhana. DEB hasil rintisan Tun Razak ini, telah berjaya merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera, misalnya nisbah pendapatan Bumiputera kepada Cina meningkat dari 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.64 pada tahun 2004.


Pada hari ini, UMNO mesti berfikir secara terbuka dan kritis, iaitu apabila ancaman apa yang akan dihadapi jika maksud di dalam DEB belum tercapai. Sebenarnya DEB bukanlah tongkat yang dilaungkan oleh segolongan pemimpn dalam UMNO, tetapi DEB merupakan hak yang mesti digunakan oleh orang Melayu di atas kesudian orang Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang lain untuk menghuni di Negara ini, sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan