Isnin, 16 Januari 2012

DIRGAHYU KITA: LEBIH CINTAKAN KEMERDEKAAN

Genap lebih setahun sudah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Dirgahayu KITA, parti kita sudah melalui liku 360 hari lebih, Kita melalui pengalaman yang boleh bertahan dari 1 hari kepada 1 tahun dari 1 tahun kita akan terus melintasi usia 10 tahun dan dari sana bergangjak 30 dan 50 tahun, insyallah kekal di akhinrya dengan semangat perjuangan yang gigih dan kuat. Apa pun yang dilontarkan terhadap perjuangan kita akan kita kunyah dan telah untuk menjadi zat perjuangan yang lebih kental dan tidak goyah. Sebuah parti yang bersumberkan untuk membagunkan Insan menjadi sejahtera, menegakkan kebenaran dan keadilan, menghapus rasuah dan penyelewengan, bukan semata mata kerana perjuangan pribadi, melainkan semangat cintakan negara dan kemerdekaan, Kita lebih cinta semangat kemerdekaan dari cinta keamanan, kerana Kemerdekaan KITA tidak boleh di jual beli, Parti Kita akan terus membentingi kemerdekaan negara ini dengan mengenyahkan sesiapa saja yang ingin merosakkan negara tercinta, Kita sedar bahawa Kemerdekaan akan runtuh kerana rasuah, kita sedar kemerdekaan akan tergadai kerena penyalahgunaan kuasa, kita sedar kemerdekaan akan terguggat kerana pemimpin yang tidak amanah, maka Perjuangan Parti KITA akan mengisi negara ini dengan Kemerdekaan untuk kesejahteraan Insan dan rakyatnya, sebab itulah kelahiran Parti KITA megambil tempat di dalam mengisi kemerdekaan ini dengan penuh tanggugnjawab dari melihat peneritaan rakyat yang ditikam dari belakang oleh bangsa sendiri, dirgahayu Parti KITA. Kemerdekaan KITA adalah Kesejahteraan KITA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan