Sabtu, 7 Januari 2012

ANTARA SOKONG DAN TIDAK SOKONG PERHIMPUNAN DALAM KES ANWAR ESOK, POLIS JUGA MENERIMA TEMPIASNYA ?

Anwar: Saya akan survive dalam politik
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin akan terus survive dalam arena politik negara ini walau apa pun keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya.

Ketua pembangkang itu berkata, pengalamannya sebelum ini mengharungi pelbagai pahit manis dalam politik membuktikan keadaan sedemikian.

"Saya pernah jadi pemangku perdana menteri, pernah duduk dalam lokap paling hina, pernah makan santapan diraja di semua istana...

"Syukur Alhamdulillah, kamu tahu apa (terjadi)? saya survive," katanya disambut laungan reformasi oleh kira-kira 800 hadirin malam tadi.

Bercakap dalam ceramah jelajahnya di Petaling Jaya menjelang keputusan mahkamah terhadap kesnya Isnin ini, Anwar berkata apa pun yang berlaku akan mematangkannya.

"Saya matang dalam proses itu. Saya tak sama lagi dengan dulu," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan fakta kes, beliau mesti dibebaskan tanpa syarat.

Bagaimanapun, tambahnya, walau apa pun keputusan mahkamah minggu depan,  yang paling penting ketidakadilan mesti diubah dalam pilihan raya umum akan  datang.

"Penting untuk kita tawan Putrajaya. Saya yakin. Kita mesti berada di pihak yang benar dalam sejarah," tambahnya.

Terus optimis berhubung keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, beliau terus menyusun jadualnya seperti biasa, termasuk menghadiri pelbagai program prodemokrasi di luar negara pada minggu depan.

"Itu rancangan. Jadi tak jadi, tawakal. Kita mesti maju," katanya.

Anwar sekarang dalam rangka jelajah seluruh negara yang dilihat bertujuan untuk menggerakkan seramai mungkin rakyat  menghadiri perhimpunan "Bebas Anwar 901" Isnin ini.
Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, di mana keputusan perbicaraan kes liwat terhadap ketua umum PKR itu akan diumumkan Isnin ini.

Sementara itu, naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, orang ramai perlu hadir dalam perhimpunan menyokong Anwar Isnin depan kerana beliau merupakan "simbol keadilan".

"Terima kasih pada polis sebab beri permit, tapi tak beri padang (untuk berhimpun). Ramai nak hadir," katanya dalam ceramah yang sama.

NGO serah memo bantah polis benar perhimpunan 901
 
Kira-kira 100 orang yang mewakili beberapa NGO menyerahkan memorandum di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah hari ini sebagai membantah tindakan membenarkan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" diadakan.

Selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, turut menyertai penyerahan tersebut ialah Persatuan Ketua Kampung (Sidang-Sidang) Negeri Melaka, Perguruan Gerak Insan Seni Melaka dan Pertubuhan Kebajikan Sejati Melaka.

901, ngo submit memo to police in malaccaMemorandum itu diserah oleh yang dipertua Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka, Ismail Othman, kepada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Menurut Ismail, walaupun perhimpunan dibenarkan di kawasan berkenaan tetapi pihaknya bimbang sekiranya ia membabitkan kumpulan yang besar, kemungkinan akan menganggu ketenteraman awam di situ.

"Tujuan kita menghantar memorandum ini adalah untuk menyatakan pendirian bahawa perhimpunan "bebaskan Anwar 901" adalah suatu perhimpunan yang sia-sia kerana jelas mengganggu proses mahkmah.

Yang dipertua PERKASA Melaka, Abdul Rahim Osman turut menyarankan rakyat supaya membuat penilaian sewajarnya terhadap tujuan perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" diadakan.

"Walaupun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa iaitu polis namun kita merasakan keselamatan negara lebih penting daripada mempertahankan peribadi seseorang itu," katanya.

Sementara itu, Asisten Komisioner Salehhudin pihaknya menerima memorandum tersebut dan akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi polis di Ibu Pejabat Polis, Kuala Lumpur.

"Meskipun pihak polis telah membenarkan perhimpunan itu diadakan, namun saya harap mereka ini dapat patuh kepada peraturan dan syarat yang dibenarkan untuk menjamin ketenteraman awam dan keselamatan dapat dipelihara," katanya.
 
Dua Keadaan berbeza, yang satu membenarkan ada perhimpunan dan yang satu meminta di halang perhimpunan tersebut, yang jelas polis menjadi penilai bagi menentukkan apa yang menjejaskkan keselamatan atau tidak, jika perhimpunan ini di adakan dan keadaannya aman sudah tentu keputusan Polis dianggap tepat dan betul,dengan membenarkan adanya perhimpunan itu, tetapi jika keadaan perhimpunan itu menjejaskan kepentingan awam dan huru hara polis pula akan menerima tempiasnya, inilah risiko yang di hadapi oleh polis di dalam menangani dua pihak yang berbeza, atau dua pihak yang berbeza itu diapikan oleh golongan yang ketiga, siapakah golongan itu ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan