Jumaat, 9 Mac 2012

BAGAIMANA BOBOSNYA PINTU MASUK KE MALAYSIA :PATI.

Saya merujuk ramainya pendatang asing ke dalam negara ini, mereka datang dengan pelbagai cara samada cara halal atau cara haram, yang jelas cara halal yang digunakan juga berakhir dengan tindakan haram, manakala jumlah mereka sudah seperti cendawan selaps hujan, siapa patutu di persalahkan ? tentunya penguasalah yang bersalah lebih dahulu, disebabkan tidak mengawal amanah yang diberkan kepada mereka oleh rakyat. Berasaskan tinjauan saya, kegiatan haram bukan sekdar masuk ke dalam negara ini dengan tidak keluar semula, malahan kegiatan membuat pasport palsu dan Ic palsu juga menjadi aktiviti pihak yang tidak bertanggunjawab, hal ini telah dimaklumkan di dada akhbar perdana,sejak dari dulu lagi. Apabila kegiatan ini seperti ulat tahi barulah gerakan pemutihan hendak di buat, program pemutihan di negara ini sudah berkali kali, namun menerusi program pemutihan ini ada pihak lain yang buat duit, dan mereka memang sukakan apa yang di sebutkan pemutihan tersebut. Yang malang pintu negara ini dibolosi dan dibobosi  oleh warga asing, keselamatan negara ini dalam jangka panjang amat bahaya, rakyat akan meraskannya suatu ketika nanti, Manakala anak termpat warga yang tulin dari negara ini kian tersempit dengan nilai sosial dan asimilasi baru yang membawa penyakit ekonomi dan sosial, manakala kesan ekonominya berbillion ringgit berhijrah ke negara lain, alangkah biadapnya mereka yang tidak bertanggungjawab menjalankan urusan negara dengan baik, maka itu jadilah rasuah yang semakin membimbangkan dari rasuh kecil kepada rasuah besar besaran, apakah kita hanya mampu melihatnya saja, memang datyuslah penguasa dan pentadbir yang tidakbertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan