Selasa, 27 Mac 2012

Manifesto 5:(KITA SEPAKAT) Pembinaan Identiti Perpaduan Kaum di P150.

Sekiranya Parti kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di beri kepercayaan oleh pengundi di kawasan p150 Batu Pahat  di dalam Pilihanraya ke 13 ini bagi mencapai kemenangan, maka hasrat parti ini insyallah akan kita Bina rangkaian Perpaduan kaum yang kuat dan bersatu padu dengan kaedah penubuhan "KITA SEPAKAT ". iaitu sebuah intitusi yang akan bergerak dari akar umbi hinggalah ke pringkat atasan, dari kampong kampong dan taman taman hinggalah ke jabatan kerajaan dan penubuhan intitusi ini bertujuan untuk menjalin kerjasama dan menghidupkan budaya sayang menyangi antara satu sama lain, di samping dapat menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. "KITA SEPAKAT " juga akan cergas dengan menerima apa saja aduan dari masyarakat dan bertindak untuk mengatasi masallah masyarakat setempat. Maka itu Program KITA sepakat ini mengandungi maksud perpaduan, kebajikan dan pembelaan kepada seluruh rakyat, samada kaya atau miskin, samda dari kaum Melayu,Cina maupun India. Plan Kita sepakat ini akan mengutamkan kehendak penduduk dan diringi dengan kefahaman mereka tentang undang undang dan peraturan kerajaan tempatan dan pusat, Plan Kita sepakat ini juga akan mendepani kempen kempen yang memberi kebaikan kepada rakyat, dari sudut Kesihatan, Keselamatan, pendidikan, ekonomi dengan mengamalkan budaya hidup yang demokratik dan sederhana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan