Jumaat, 23 Mac 2012

SIRI 1 : APA TERJADI DI BATU PAHAT, PARTI KITA (KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR ) SEDIA BERJUANG UNTUK RAKYAT.

Apa sebenarnya yang melanda Parlimen Batu Pahat ? Kerugian apa yang sedang ditanggung oleh penduduk di di dalam kawasan Parlimen ini ? Apakah punca dan sebabnya, serta bagaimana boleh mengatasi persoalan tersebut.? Parti Kita (Kesejahteraan Insan Tanah Air ) bersedia  menjelaskan kepada pengundi di kawasan ini, dan KITA menyediakan Manifesto ringkas dan bersiri untuk tatapan pengundi, di sebabkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan bertanding Pada Pru ke 13 di kawasan P.150 Parlimen Batu Pahat.

1. Penduduk Batu Pahat, saban hari kian bertambah, namun fasiliti atau kemudahan awam yang ada tidak mencukupi, malah ianya bersifat lama dan keterbelakangan. Mengambil Contoh Mudah iaitu asas kemudahan Awam : 1.1. Pengangkutan Awam. :TERMINAL BAS DAN TEKSI YANG TIDAK SELESA.
Sejak 50 tahun yang lepas tapak pengangkutan awam telah diceroboh hak mereka oleh penguasa dengan mengambil kira oleh kerajaan BN untuk mengaut keuntungan, mereka telah mendirikan Bangunan di tapak tersebut secara projek pengswastaan JV bersama Abi Cont, malangnnya bangunan setinggi itu kini menjadi gajah putih, pembaziran telah berlaku, tanah yang menjadi milik majlis itu telah di bazirkan dengan berdirinya bangunan tersebut, yang mengakibatkan dahulnya permis teksi dan Bas, telah di abaikan sehingga ke hari ini, dimana pengusaha Bas dan teksi terpaksa menggunakan permis mereka di atas jalan raya, yang sepatutnya , terminal mereka itu berada di atas tapak yang sepatutnya, kini majlis perbandaran batu Pahat telah menempatkan kedudukan terminal yang salah dan tidak sesuai iaitu di atas jalan raya, yang sepatutunya menjadi laluan orang ramai selaku pembayar cukai di daerah ini, ini merupakan kecurangan yang sepatutunya tidak berlaku di dalam daerah ini, malah berjuta ringgit terpaksa di tanggung oleh pihak berwajib, di dalam kes pembinaan bangunan menara  majis perbandaran tersebut, tidakkah ini pembaziran telah berlaku, kecurangan terjadi dan hak penduduk ini di pinggirkan, inilah sikap acuh tak acuh dari kerajaan BN di Batu Pahat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan