Rabu, 14 Mac 2012

NAMPAK KECIL TAPI KRITIKAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

Kenapa marah? sebab tersinggung dengan adanya perasaan dan cara yang tidak betul menanggapi sesuatu perkara atau di atas perbuatan melampau, atau memang sensetif diatas perkara yang tidak berkenan di hati dan tak selari dengan kehendak diri. Kenapa Bohong ? sebab takut untuk bercakap benar,kerana rasa tidak mahu disalahkan dan kerana malu, atau kerana mahu sesuatu, lantas berbohong itu menguasai diri. Kenapa tipu? sebab tidak mahu diketahui oleh orang lain niat di hati yang menjadi sasaran kepada kehendak diri. Apa itu semuannya kalau tidak berpangkal dari nafsu. Tidak dapat menundukkan nafsu akan menjadikan manusia itu memang sengsara. Persoalan nafsu itu bukan persoalan kecil, ia adalah bertitik tolak dari sifat keinginan, dengan sifat dan kemahuan yang digelar ingin itu membuat manusia berbuat sesuatu yang tidak memperdulikan lagi soal hukum. Mereka sanggut menentang hukum,menentang etika kehidupan, kesusilaan dan kesopanan semata mata demi memenuhi nafsu mereka. Jika wang menjadi nafsu mereka ,maka mereka tidak peduli asalkan dapat wang apa saja sanggup di lakukannya,walapun apa yang diperlakukan itu memberi mudarat besar pada diri sendiri.Mereka sudah hilang malu, maka mereka tidak peduli dengan apa juga pergolakan,konflik, pertentangan,pergaduhan, permusuhan dan semangat kebaikan dan nilai murni akhirnya diketepikn, inilah krisi manusia yang sudah mencapai tahap kritikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan