Jumaat, 2 Mac 2012

SIRI 1: PENERANGAN AKTIVITI PARTI KITA.

Sekilas program aktiviti 2011 mencerminkan parti KITA adalag sebuah parti yang berfungsi dan bergerak mengikut acaunnya. Saya sempat berbicang dengan beberapa orang teman didalam parti Kita, yang mana mereka sebelum ini mengorak langkah untuk memperkukuhkan parti ini dari Johor hingga ke Sabah, ternyata sedikit demi sedikit sudah difahami oleh orang ramai, walaupun sejak kebelakangan ini ada beberapa isu yang menyengit, tetapi itu adalah adat biasa di dalam politik di tanah air kita. Biarlah saya mulakan di Johor ini, dari Batu Pahat kisah awal parti KITA telah di tubuhkan cawangan Johor, dengan jumlah keahlian dan relawanya an penyokongnya kita kurang lebih adalah 3,500 orang, tetapi membawa makna besar apabila Parti KITA juga menyuarakan masallah kemudahan awam, khususnya pengangkutan awam kereta sewa yang di abaikan oleh pihak spart, kerajaan negeri yang berjanji untuk membina bumbung bagi hentian teksi menjadi hambar dengan kata kosong mereka, namun parti KITA telah mengikat semangat dengan NGO pengankutan awam ini untuk turut sama meperjuangkannya, Hari ini alhamdulillah kumpulan Ngfos bersama pengguna ini menjadi kian bertambah besar keahliannya, kerana mereka yakin parti ini berusaha untuk memberikan perlayanan kepada rakyat dan masyarakat di negeri ini, walapun berjalan dengan perlahan, tetapi natijahnya cukup berkesan.

Parti kita di Johor ini, dengan takwim yang berkala juga telah mengajak rangkaian sahabat untuk menjelaskan mengenai manifesto parti ini, dan sekaligus menanrangkan perjuangan parti ini, dan pergerakan ini berterusan, beberapa ceramah dan bengkil kecil turut di buat, turut sama di dalam gerakan mengenalkan parti ini adalah ketua KITA di pringkat kebangsaan Dato Zaid Ibrahim, beliau bersama ahli parti dengan semangat perjuangan yang tinggi menjelaskan perjuangan kita masih jauh dan panjang oleh sebab itu kita dituntut bersabar, namun terus bergerak untuk membasmi segala gejala yang boleh menguzurkan negara ini termasuk rasuah, dadah,gejala sosial, sala urustadbir negara dan kehilangan nilai dan sikap rakyat merasakan diri mereka sebagai suatu warga yang sangat penting kepada negara.
Hal ini di perkatakan oleh dato Zaid ketika di Seketeriat parti KITA Negeri Johor di Batu Pahat, beliau telah merangsang minda kepada seluruh anggota yang hadir, disamping memberikan petunjuk bahawa perjuangan kita mestilah terus dan berjalan dengan arus yang tepat dan betul. maka itu tidak heranlah anggota meletakkan Dato zaid sebagai harapan Ikon yang boleh memajukan dan menyelamatkan negara, disebabkan jiwanya yang sederhana itu.Berangkat dari segenggam harapan untuk KITA ke hadapan maka kita negeri Johor telah menyusun Jawatankuasa pringkat negeri dengan bidang tugas yang di pertanggugnjawabkan kepada setiap pihak, maka itu mereka diberkan garis panduan untuk melaksanakan program yang disusun atur, dan Alhamdulillah, beberapa kawasan di batu Pahat, telah di tembusi untuk meletakkan wakil wakil kita di pusat pusat daerah mengundi, dan sehingga kini telah lengkap seluruhnya Jawatankuasa Daerah mengundi untuk parti KITA di dalam kawasan Parlimen batu Pahat, Cermah yang di berikan oleh Drs. Mohd zaid Bin Mohd Yusof selaku Pengerusi Parti KITA negeri Johor memperlihatkan ada beberapa perkara penting untuk parlimen ini berubah wajah, beliau menjelaskan yang penting adalah stratige memberikan menafaat kepada kepentingan rakyat dan kerperluan rakyat diatas cabaran semasa, disamping menyusun masa depan di dalam kawasan parlimen batu Pahat ini, menerusi kepelbagaian aspek, samada dari sudut infra strukur, ekonomi, pendidikan, agama, kebudayaan, sukan , dan melahirkan identiti tersendiri kepada parlimen ini, jika pengundi tidak merubah BN yang ada pada hari ini, maka Batu pahat tidak akan berubah wajah, disebabkan kepimpinan yang ada adalah lebih bersifat sebagai batu loncatan saja, dan ini hanya membimbangkan masa depan di kawasan parlimen ini, dari ceramah ke ceramah telah di buat oleh Drs, Zaid dan mendapat sedikit demi sedikit sambutan itu.

Bersambung sriri ke 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan