Selasa, 27 Mac 2012

Manifesto 4: P 150 : PEMBINAAN UNIVERSITI DALAM KONTEKS PENINGKATAN EKONOMI PENDUDUK BATU PAHAT

Di kawasan Parlimen Batu Pahat tidak ada Universiti, kecuali pejabat kecil Universiti terbuka di dataran batu pahat, yang mulanya hanyalah sebuah tapak gerai yang tidak berfungsi yang di miliki oleh sewasta, dan sangat memalukan sebuah operasi universiti terbuka di tempatkan di kawasan itu, dimana penduduk di daerah ini sangat memahaminya, inilah bentuk yang boleh menjatuhkan maruah universiti apabila ianya di operasikan di kawasan sedemikian rupa. Atas kesedaran tersebut Parti KITA telah membuat kajian rambang dan mendapati sebenarnya di kawasan P150 Batu Pahat boleh di wujudkan sebuah universiti yang sesuai dengan demografi kependudukan bagi mengujudkan kecergasan ekonomi di dalam parlimen ini. Kawasan yang di fikirkan sangat sesuai di bentuk sebuah universiti adalah di senggarang Batu Pahat, Tanjung laboh suatu ketika dahulu merupakan sebuah pusat bandar di dalam kawasan ini, mengikut catatan sejarah, dan kawasan ini adalah berhampiran dengan pantai dan persisiran pantai dari Minyak beku hinggalah ke Rengit dapat menjadi lalauan persisir pantai yang aktif, jika ia di naik taraf, maka itu dengan adanya sebuah universiti di kawasan ini bukan saja kerancakan ekonomi dapat di jalankan, malah ekonomi dan dunia pendidikan boleh berkembang dengan pesatnya serta dapat meletakan Batu pahat di P150 setaraf dengan kawasan pendidikan yang lain. Sekiranya Parti KITA di sokong oleh pengundi di kawasan ini P150 Batu pahat, Parti Kita berhasrat untuk menubuhkan sebuah Universiti Miritim, yang nantinya boleh mengembangkan berhubungan dalam kawasan ini dan juga di peringkat lingkungan maupun di pringkat antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan