Khamis, 1 Mac 2012

KESEPAKATAN KITA JOHOR AKAN MEMBANTU PAKATAN RAKYAT UNTUK MENANG DALAM PRU KE 13.

Suatu Mesyuarat KITA Negeri Johor yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini adalah untuk membincangkan mengenai peranan Parti KITA di Johor bagi memastikan dan membantu kemenangan untuk pakatan rakyat bagi menambah kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini, kenyataan ini di buat oleh ketua Parti KITA negeri Johor Mohd Zaid Mohd Yusof yang antara lain menjelaskan juga akan menyusun jenterannya untuk menerangkan asas asas penting sokongan kepada PR dapat diperjuangkan, sebagai langkah pemulaan mesyurat yang akan diadakan tersebut adalah mesyuarat khas di dalam jawatankuasa Negeri bagi tujuan keputusan itu di hantarakan kepada pusat, untuk mendapatkan keizinan secara langsong. Buat masa ini katanya KITA negeri Johor akan hanya menumpukan kawasan terpilih sahaja dan yang di yakini kawasan yang akan di menangi oleh pakatan rakyat di negeri ini. Walaupun bergitu keputusan negeri akan menjadi sah, sehingga pihak pusat mengizinkkannya dan memberilakan laluan. Walau apa pun saya akan berbincang dengan Dato Zaid Ibrahim selaku ketua parti mengenai keadah kaedah berkesan untuk mencapai matlamat tersebut, mengenai dakwaan saudara Zamil Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai ketua parti KITA yang di lantik oleh RoS, itu hanyalah retorik politik sebagaimana sebelum ini telah saya jelaskan, jika benar beliau di lantik oleh RoS, adakah beliau menunjukkan surat yang dia di lantik oleh RoS dan ternyata RoS sebenarnya tidak ada kuasa untuk melantik mana mana individu untuk menjadi ketua Parti, oleh sebab itu lupakan saja hal ini, tumpukan sepenuhnya kepada usaha untuk mempertingkatkan kesejahteraan Insan dan Rakyat di negara ini, ujarnya kepada seluruh ahli parti KITA. Dakwaan Zamil juga menyebutkan Dato Zaid tidak akan meletakan sebarang Calon KITA pada pru ke 13 ini, sebenarnya dakwaan itu salah, sebab tidak ada lagi perbincangan untuk meletakkan jumlah calon yang akan bertanding yang mewakili parti KITA pada mesyuarat parti, melainkan Parti KITA telah mengenal calon calonnya yang berminat untuk bertanding, namun belum ada keputusan yang tetap, malahan ketua parti sedang memikirkan jalan terbaik untuk parti menghadapi pada pilihanraya ke 13, dan yang penting parti ini harus menumpukan Pakatan pembangkang berhasil pada pru ke 13, walaupun banyak dakyah dan muslihat politik kotor telah digunakan oleh lain pihak, insyaalllah kita akan terus berusaha sekecil mana pun peranannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan