Jumaat, 23 Mac 2012

PERANG DINGIN APA SEDANG BERLAKU MALAYSIA - IRAN..

Apakah ini berkamsud Malaysia di jajah Amerika dan kuasa besar ?
dan Apa pula punca sebenar hal ini terjadi, apakah sebab riinci import Minyak dari Iran dihentikan, dan mengapa pula gerakan dadah dari negara tersebut kian tersibar diakhbar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perang dingin apa sedang belaku.

Susulan sekatan AS, Malaysia henti import minyak Iran

24 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.
Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu
dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.
"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari
ini.
Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.
Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.
Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan