Jumaat, 2 Mac 2012

NASEHAT PEMIMPIN VETRAN UMNO: TUMBANGKAN SAJA BN KALAU NEGARA NAK SELAMAT.

Suatu wawancara dengan Vetran UMNO Bahagian Batu Pahat telah di langsongkan tadi pagi, di dalam menilai beberapa Isu politik dan pembangunan di Batu Pahat, Wawancara tersebut adalah dengan seorang tokoh veteran politik UMNO di bahagian ini , Hj Salman Bin Hj Bakri, beliau adalah bekas Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Pahat, penaja UMNO baru, Bekas Ketua UMNO Cawangan Teras perdana dan aktivis parti UMNO dari tahun 1964 hinggalah ke hari ini, berusia 68 tahun. Beliau membangkitkan rasa kecewanya terhadap pimpinan UMNO Bahagian Batu Pahat, Puad Jakrzi, yang juga merupakan Timbalan menteri Pelajaran masa kini. 

Ujar Hj Salama " Saya benci kepada orang yang menipu ahli UMNO, saya benci mereka kepada pemimpin yang mungkir janji, Puad dulu berjanji akan membangunkan tanah UMNO, tetapi saya ketika dan rakan rakan membantahnya kerana cara untuk membangunkan tanah itu adalah men jual maruah Melayu, dan kini dia menyepikan diri untuk tidak langsong mengambil peduli  dan menyembunyikan diri di atas kesalahannnya yang berjnaji untuk membangunkan tanah tersebut, akhirnya ahli UMNO tertipu, saya bekas ketua UMNO cawangan menganggap dia sudah melakukan penipuan terhadap janjinya itu "

WPTJ: Sebagai ketua cawangan Parti UMNO, kenapa tuan Haji tidak terus memperjuangkan apa yang telah di janjikan itu?

HJ SALAMAN : Saya telah melaporkan kepada Jawatankuasa displin UMNO, tapi sampai sekarang tiada Jawapan, dan seolah olah puad tidak bersalah dan malah dia di angkat sebagai timbalan menteri dan MKT, apakah pemimpin  UMNO di peringkat pusat sudah buta !!.

WPTJ : Mukasud Tuan Haji apakah Puad di bela oleh orang atasan ?

HJ Salaman : Saya kesal dengan Ghani Osman, Mahyuddin, dan Najib, mereka langsong tak ambil peduli diatas aduan saya, dan mereka menegakkan orang yang tidak punya hati perut Melayu, mereka jangan fikir saya boleh duduk berdiam diri, sampai mati pun saya akan tagih janji ini, dan saya fikir mereka ini juga menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan kepada UMNO.

WPTJ :Apa yang terjadi pada UMNO Bahagian Batu Pahat ?
Saya lihat dia pemimpin kuku besi, dia tak peduli pada ahli UMNO ,keras kepala dan sering mukir janji, akhirnya UMNO Bahagian ini akan protes secara senyap, dan saya sendiri sudah hilang keyakinan kepada UMNO, malah bukan saja saya, keluarga dan saudara mara saya, serta kawan kawan saya, cobalah awak fikir, saya sudah 48 tahun dalam UMNO, saya tahun perubahaan itu makin tidak baik dari yang baik, dan saya berharap Allah turunkan petunjuk yang baik kepada negara ini, supaya kita dapat pemimpin yang baik. Bagi bagi saya menyokong UMNO kini tiadak ada gunannya lagi!, saya kesal dan sangat kesal,kerana mereka banyak merebut kekayaan dari memperjuangkan nasib rakyat yang sebenarnya. Janji yang ditaburkan bukan lagi iklas, malahan mereka ingin kepada kuasa saja. untuk apa kuasa jika mungkar kepada Allah.

WPTJ : Apa nasehat yang Tuan Haji  boleh berikan kepada rakyat dan genderasi muda kini untuk memastikan negara bertambah baik.

HJ Salaman : Saya fikir pengundi harus jangan menyokong BN lagi, mereka banyak yang yang rasuah, dan pimpnan yang ada tidak menyelesaikan masallah rasuah dengan betul, mereka hipokrit, Ingat anak muda mereka hanya jadi pemimpin untuk kayakan diri sendiri, gunakan wang untuk ancam perjuangan tulin, wang negara berbillion lesap dengan berbagai cara, semacam duit negara itu jadi milik pribadi mereka, lihatlah apa jadi pada kastam, polis,pendidikan, dan rasuah dan rasuah dan rasuah juga tak habis habis, cakap mereka semua tak serupa bikin, maka nasehat saya tumbangkan saja kerajaan BN ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan