Rabu, 7 Mac 2012

PENDIRIAN PARTI KITA JELAS.

Semalam saya menghadiri mesyuarat JEP di Kuala Lumpur, selaku pengerusi Parti KITA Negeri Johor dan anggota JEP merangkap Jawatankuasa Biro Politik Parti KITA, saya dapat merasakan denyut cabaran yang di hadapi oleh parti ini di dalam menongkah masa depan yang semakin mencabar. Parti Kita menerusi apa yang telah di ungkapkan oleh Ketua Parti Dato Zaid Ibrahim adalah sangat jelas sekali:-

1. Parti ini bertindak sebagai sebuah parti yang tidak membenarkan seluruh anggotanya dan pimpinan di peralat oleh golongan tertentu, ini bermakna parti ini di dalam menghadapi pilihanraya bukan menjadi parti yang di tafsir oleh memecah belahkan mana mana phak, menainkan bertanding menggunakkan lambang sendiri dengan apa yang telah digariskan berasaskan perjuangan parti sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan parti KITA.
2. Parti Kita bukanlah menuju arah bersama Pakatan rakyat maupun Barisan Nasional, tetapi didorong oleh rasa tanggungjawab untuk mengemukakkan tawaran perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat di negara ini, dengan menumpukan kearah manifesto yang telah digariskan sebelum ini.
3.Parti ini akan meletakkan calonnya untuk bertanding dikawasan yang difikirkan boleh dan ada peluang untuk menang.
4.Parti ini mempunyai pendirian yang tegas, di dalam menongkah arus politik negara yang kian membimbangkan dengan pelbagai insiden yang umumnya telah mengetahui.
5.Zaid Ibrahim akan bertanding di Kota Bahru, manakala lain lain calon parti KITA juga akan bertanding di kawasan mengikut negeri di Johor, Sabah, Kelantan, Selangor, Pahang dan sesorang yang menjadi calon kepada parti KITA tidak semestinya ia mempunyai jawatan tinggi di dalam parti, tetapi cukup sebagai ahli yang layak dan berpengaruh dikawasan yang hendak di tandingi.Jenama Parti KITA akan digunakan untuk bertanding pada pru ke 13 ini, dan senarai nama calon dari parti ini akan diumumkan pada hujung bulan ini.
6.Parti ini telah menjawab segala pertanyaan dari RoS dan, seluruh JEP telah sebulat suara meletakkan kepercayaan kepada Dato Zaid Ibrahim untuk terus memimpin parti ini dan menyusun gerakan kearah menjayakan kemenangan untuk parti kita pada pru ke 13 ini.
7.Semua JEP  dan ketua negeri telah diarahkan untuk siap bertindak di dalam menghadapi pru ke 13 ini mengikut kaedah terpakai yang diarahkan.Maka itu bermakna jelas lah kedudukan pendirian parti KITA di dalam menghadapi PRU ke 13 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan