Rabu, 30 November 2011

RINGKASAN PEMAHAMAN TUGAS AUDIT NEGERA TERHADAP NEGERI JOHOR .

Sebenarnya banyak pihak mestilah memahami tugas Jabatan ini, dan pengauditan yang di laksanakan, merupakan nilai kepercayaan, tanggungjawab dan tidak perlu diragukan, malah ia bertindak untuk kebaikan keseluruhannya di negara ini, Jika negeri Johor mengalami kelemahan, ia semestinya di pamir sebagai sesuatu yang harus di perbaiki, dan buat pemulaan kita mengenali dahulu apa yang meruapakan langkah asas Jabatan ini.

Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki
Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor dan
mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen, manakala Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor memperkenankan untuk dibentangkan di Dewan Negeri Johor.
Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan dua kaedah
pengauditan seperti berikut:
1.1. Pengauditan Penyata Kewangan – untuk memberi pendapat sama ada Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar
dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur
dan kemas kini.
1.2. Pengauditan Pengurusan Kewangan - untuk menilai sama ada pengurusan
kewangan di Jabatan/Agensi Negeri dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan
kewangan. Mulai tahun 2007, Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan Indeks
Akauntabiliti bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pencapaian
pengurusan kewangan. Jabatan memperkenalkan Indeks Akauntabiliti (AI) untuk menanda
aras prestasi pengurusan kewangan jabatan/agensi secara objektif dan telus bagi mengukur
dan menambah baik ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang. AI diberi berdasarkan
kepada tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan berhubung dengan
kawalan pengurusan, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang amanah/akaun amanah dan
deposit, aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyata kewangan. Dengan pelaksanaan
AI ini, ia boleh membantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik. Selain itu,
budaya “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul” bukan sahaja dapat
mempertingkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan jabatan/agensi malah aspek
integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh Kerajaan akan dapat dicapai.
2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Tahun 2010
disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di beberapa Jabatan/Agensi Negeri
sepanjang tahun 2010. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun
2010, pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan
pembayaran dan terimaan telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan