Ahad, 1 Januari 2012

RASUAH MENGUZURKAN MALAYSIA

Jika kita melihat Malaysia masa kini, sangat membimbangkan khususnya tentang rasuah yang di anggap bukan saja menguzurkan malaysia malah boleh menghancorkan negara ini, kekhwatiran kita tidak saja rasuah itu terjadi pada sesuatu agensi kerajaan, malah pemimpin politik kini sudah melupakan makna rasuah, malah mereka tidak segan untuk merasuah, apakah difinsi rasuah itu ?
Definisi Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan. Marilah kita mula meihat sikap meminta dan menerima,menaar dan memberi,membuat tuntutan palsu malah menyalahgunakan kuasa, semuanya kian berlaku di negara ini tanpa sega dan silu. Lebih lebih lagi di dalam menghadapi pilhanraya ke 13, macam macam tawaran di buat, macam macam pemintaan di ajukan, yang akhirnya jika kamu beri kami,kami beri kamu, jika kami beri kamu kamu mesti mengundi kami, ini bahaya besar, hilang rasa malu dan maruah,juga harga diri,apatahlagi jika memberi alasan sebab kam berkuasa kami beri kamu. wah sangat padah jika ayat seperti ini disuarkan oleh pemimpin berkuasa, terimalah akibatnya dan negara akan hancor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan