Sabtu, 16 November 2013

HAKIKAT MENGHAYATI ALAM DAN HAYATILAH DIRI.

Sekiranya bumi berhenti dari berputar di atas paksinya,malam akan kekal selamanya di separuhbahagian bumi dan siang juga akan kekal disebahagian yang lain selama lamanya,manakala bayang bayang tidak akan dibentangkan atau di tarik secara beransur ansur, ini menjadi bukti bahawa bumi itu berputar di paksinya dan berputar mengelilingi matahari.
Hari ini, kita melihat matahari melepaskan semburannya dan semburan itu menimbulkan kepanansan yang melampau, dan kita di bumi merasakan perubahaan itu, tentunya kepanansan itu juga mempengaruhi sumber alam di bumi, dan mempengaruhi hak hal yang menjadi kebiasaanbagi bumi, termasuklah kita melihat kedudukan kitaran angin kencing, banjir dan stuasi air laut yang mendadak meningkat, manakala gunung berapa dengan letusannya yang kian mengemparkan.
Kini manusia menghadapi ancaman alam, dan bencana terus dibimbangkan,kerana ia meragut nyawa ratusan ribu ummat manusia, akibatnya kesediahan ummat manusia itu menjadi melata.Pada hakikatnya manusia leka dan lalai, mereka sering menyangka diri mereka hebat dan saling bersaing dengan keangkuhan dan kesombongan, padahal hidupnya mereka di pentas dunia ini adalah memikul amanah yang telah ada perjanjian sebelum ini dan sebagai khalifah yang mesti mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Apa pun sikap manusia yang sering lupa itu, telah Allah ingatkan dengan pelbagai bentuk pengajaran, apakah mereka masih tidak mahu berfikir dan berubah ?
Ingatlah pada surah an Naml:88: Dan engkau melihat gunung ganang, engkau menyangkanyadiam membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan. (demikianlah) perbuatan Allah yang telah berbuat sesuatu dengan serapi rapinya dan sebaik baiknya. Sungguh dia amat dalam pengetahuannnya,akan apa yang kamu lakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan