Sabtu, 23 November 2013

JOHOR : IBARAT SIREH PULANG KE GANGGANG.

Dulu negeri Johor, cuti pada hari Jummat, kemudian zaman Tan Sri Muhyiddin, menukar cuti pada hari Ahad/Minggu.Kini kembali semula cuti pada hari Jumaat di negeri Johor. Pada saya Ibarat sireh pulang ke ganggang. Baik dan bagus. Namun tidak perlu ada cerminan untuk mengatakan sebelumnya itu tidak bagus,Hari apa pun kalau nak di istihar cuti, boleh, bukan tak boleh, undang undang, dasar dan perlaksanaan yang di cipta oleh manusia boleh di ubah dan berubah. Jadi apa yang menariknya ? apakah kita ketandusan Isu, apakah kita menyahut seruan dari kehendak rakyat, atau kita sedang di bela oleh pemimpin yang inginkan teras tertentu untuk menyatakan sesuatu yang tertentu di balik tabir hati. Jawabnya mudah apa pun kita mesti menerima sesuatu dengan ikhlas, menyatakan sesuatu dengan ikhlas, dan hilang dari sesuatu itu juga dengan ikhlas, maka itu sampailah kita kejambatan redho. Bukanlah kita boleh bersangka sesuatu pengumuman itu untuk menyatakan apa yang kita laksanakan, melainkan tanggungjawab didalam memikul ilmu itu memberikan ruang kepada kita untuk menilainya, dan kembali kepada takuk yang lama bukan berarti tidak ada idea baru, melainkan memperbahrukan yang lama menjadi lebih baru dengan sikap yang lebih baru, agar terwujudlah dunia Johor yang lebih baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan