Sabtu, 9 November 2013

TENGGELAM BUMI SEBAGAI KESEDIHAN, TENGGELAM MANUSIA SEBAGAI PERHITUNGAN.

Setelah kita melihat angin taufan, yang melanda dunia, kecepatannya yang luar biasa, kita juga menyaksikan bagiamana amukan laut yang bergelora dan menghanyutkan manusia danharta benda, semuanya dalam sekelip mata. Angin datang dari pelbagai arah, ombak menderus tidak memilih untuk menelan pantai, malah seluruh makhluk darat menjadi tercungap cungap untuk menyelamatkan nyawa mereka. Sementara di alam semesta raya, angkasa, datang meteor dan hujan api ke bumi, terpelosoklah lagi manusia menyaksikan ke negerian serangan dari alam kepada mereka. Hal iini terdorong pula oleh sikap dan telatah manusia sendiri yang bergolak sesama sendiri, menglahirkan kezaliman, dan berpenghunjung dengan pembunuhan kejam dan tersangat kejam, bukankah kita telah menyaksikannnya juga di setiap ceruk di pentas dunia ini. Ekonomi pula terus menelan orang orang kecil dan susah, penyelewengan,korupsi,dan penyamun penyamun mata wang bergerak pantas, seolah olah mereka tidak lagi tahu menggunakan wang mereka, dan tersimpan beku, manakala pemborosan pula menyebabkan negara jadi bangkrap, ini lah sebahagian dari kemelut di bumi, dengan penghuninya yang sedang hiruk pikuk, sementara itu kegawatan ini akan pula mengheret kearah perang dunia ke 3 yang lagi kejam dan tidak langsong berprikemanusiaan, semuannya bakal hangus terbakar, banjar pula melata, tenggelamlah bumi dalam kesedihan, dan tenggalamlah manusia sebagai perhitungan kelak dari perbuatan yang di lakukan oleh mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan