Sabtu, 23 November 2013

PEMBEDAHAN ALAM GAIB.

Tadi seorang kawan datang berjumpa saya dan mengajak saya ke suatu tempat, katanya untuk melihat sesuatu yang luar biasa, dan saya pun bertanya kepadanya,apa yang lua biasa itu ? tanpa lengaah dia menjawab, katanya "tak payah tanya,kita pergi dan engok dahulu,barulah nanti akan ada jawapannya ", oleh kerana itu jawapannya, dan dia jarang sekali berbohong dengan saya, maka saya pun mengikutlah cakapnya itu, lalu kami pergi dengan menaiki kenderaan saya. Sampai di suatu tempat di sebuah rumah saya melihat sudah ada orang di situ tidakramai cuma 5 orang saja, saya dan kawan saya masuk kerumah tersebut dan dengan bersahaja kawan saya bertanya kepada mereka yang di ada di ruang tamu, katanya "Dokter dah sampai ", hati kecil saya tersentak dan dengan sepontan terus bertanya, siapa yang sakit ? semasa sedang saya bertanya keluarlah seorang lelaki,bertubuh bisa biasa saja,dan seperti orang biasa pun masuk,menanyakan kepada orang di ruang tamu itu, kaanya" Siapa yang sakit", salah seorang daripada yang ada di situ menjawab ,saya sakit. Orang yang bertanya itu terus menyambung kenyataan pesakit yang mengakui dirinya sakit. Orang tua itu, bercakap katanya. Oh Ya, kamu yang sakit dan sakit kamu itu adalah
1. Tempurung kepala belum di pasang,dan sebahagian darinya itu tertinggal di Hospital, untuk kajian.
2. Mata kamu kaburdan hampir tidak boleh melihat.
3. Peendengarandisebelah kanan di cuping telingakaum sudah pekak.
4. Kaki kamu, sekarang ini dingin seperti air batu.
5, Prjalanan darah dalam tubuh kamu terganggu dan kekurangan oksijen.

Saya, jad termagu dengan keterang orang tua itu,terhadap pesakit yang belum menjelaskan apa sakitnya, dan orang tua itu terus saja berbicara, untuk memasukan pesakitnya itu tadi ke sebuah bilik,yang disebutkan sebagai kamar bedah. Setelah orang tua itu dan pesakitnya masuk  kamar bedah,kononnya,saya pun bertanya kepada sahabat saya, apa hal kita ke sini ? sahabat saya menjawab, aku ingin kau melihat ,apa yang dinamakan pembedahan gaib. Selepas faham keterangan dari kawaan saya itu, saya pun mennggunya,kemudian pesakit yang masuk di kamar bedah itu,tidak lama keluar,sambil bercakap saya sudah di bedah,dan ternyata semua penyakit yang dibacakan kepada saya itu adalah benar, dan kini saya merasa pulih dan sehat seperti sedia kala. Inilah keajiabannya iaitu, bertemua dengan seorang dokter pakar yang menjalankan pembedahan secara gaib. Begitulah kebesaran allah mengatur untuk makhluknya,itulah yang lintas dihati saya untuk mengatahkan soal kegaiban itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan