Jumaat, 29 November 2013

MAHKOTA JOHOR YANG HILANG.

Mengikut cerita rakyat setempat di kg minyak beku batu pahat, ada sebuah perigi yang bernama perigi Batu pahat, di sana memang ada ke anehan dan kemudahan untuk penduduk kampong tersebut.DiKhabarkan jika ada penduduk kampong tersebut ingin mengadakan majlis kenduri kawin, mereka tidak sukar mendapatkan periku belanga, maupun pinggang mangkuk. Mereka boleh datang mengambil di kawasan tersebut utnuk meminjamnya. Barang barang tersebut adalah milik makhluk Gaib, yang di namakan Dato Putih, dan dato putih itu adalah nak kepada dato jeragan.Oleh kerana ramai penduduk yang meminjam barang barang tersebut,tidak menjaga dengan baik dan kerosakan barang yang di pinjam itu tidak di kembalikan, maka, barang tersebut di gaibkan oleh Dato putih dan di pndahkan di sebuah gunong,yang kini di kenali sebagai gunong soga.Apa yang menarik dari peristiwa ini, adalah sejak kebalakangan ini ada pihak sedang mencari barang tok putih ini, namun sehingga sekarang mereka tidak menemukkannya.Menurut se orang para normal, bukan sekedar ia menceritakan tentang barangan tok putih, tetapi dia juga menceritakan mengenai Mahkota Johor yang hilang, dan para normal ini mengatakan makhkota yang hilang itu, tidaklah hilang tetapi tersimpan di sebuah bukit yang di namakan bukit belah, yang kini bukit itu terletakdi kawasan Parit sulong, batu pahat.Makhota itu tersimpan rapi dan ada penjaganya, yang mengikut para normal, bahawa ada sumpahan
terhadap mahkota itu, apabila saya bertanya kepada para normal tersebut, bagaimana jika mahkota itu di keluarkan dari jagaan penjagannya, dia menjawab tidak lah mudah yang di sangka, kerana perjanjiannya tersangat berat sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan