Jumaat, 15 November 2013

MAKA LAHIRLAH PERDAMAIAN SEBAB KEYAKINAN YANG TINGGI KEPADA ALLAH.

Ayat di bawah ini seharusnya menjadi kupasan teliti dan memberikanbanyak pengajaran kepada ummah, malah para ulama dan kaum muslim, hendaklah dapat memahamkannya dengan penghayatan yang sedalam dalamnya, iaiatu (surah Fusilat :53) Maksudnya,
DAN KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA TANDA TANDA KEKUASAAN KAMI DI MERATA TEMAT( DALAM ALAM YANG TERBENTANG LUAS INI) DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEHINGGA TERNYATA JELAS KEPADA MEREKA BAHAWA AL QURAN ITU ADALAH BENAR,BELUMKAH TERNYATA KEPADA MEREKA KEBENARAN ITU DAN BELUM CUKUPKAH BAGI MEREKA BAHAWA TUHAN MU MENGETAHUI DAN MENYAKSIKAN TIAP TIAP SESUATU.

Berangkat dari petikan ayat ini, saya ingin memperkatakan sesunggunya Al quran itu benar, ia memberi bukti dan cukup lengkap bukti itu, jika kita mahu berfikir,malah ia semakin memperkukuhkan iman kita kerana itu,kajian dan ketelitian kita terhadapnya adalah penting sekali. Allah memperlihatkan kepada kita tanda tanda kekuasaannya, barang kali kepada kita sesetengah perkara itu mustahil, tetapi jika kehendakAllah ia tidakakan menjadi mustahil, begitu juga sebaliknya jika kita menggangap tidak mustahil,maka ia boleh menjadi mustahil kepada kita,hanya dengan kehendakdan kekuasaannya sesuatu itu boleh terjadi atau sebaliknya. Asas penting adalah keyakinan, dan keyakinan itu diiringi dengan pembuktian,manakala pembuktian itu boleh di peroleh dari luar diri kita, maupun di dalam diri kita sendiri. Lihatlah pada alam ini,cukup terbentang luas,manusia tidak akan mampu untk mencipta alam, malah sama sekali tidak akan mampu untuk menciptakan, langit dan bumi terbentang indah, di hiasi dengan bintang bintang, manakala matahari yang menyinari kita di siang hari dan bulan pula menampakkan dirinya di malam hari memberi makna yang besar kepada manusia sebagai penghuni bumi, dan bermakna kepada bumi diatas pertautan kitarannya di persada semesta ini, yang ada kaitannya dengan bulan dan matahari itu, manakala mereka berjalan di atas landasannya yang telah ditentukan, apak tidak cukup bagi kita menyaksikan dan mengetahui tiap tiap sesuatu itu, yang bukan merupakanmilik kita, melainkan milik dari sang pengcipta. Berangkat dari sinilah seharusnya manusia mestilah betanggugnjawab, amanah, dan melaksanakan arahan perintah dan larangan dari Allah s.w.t. untuk menyatakan kepatuhan kita itu, dan insaf untuk mengelak dari perbuatan kezaliman sesama sendiri, malah terdorong kepada sikap saling sayang menyanyangi, dan hormat menghormati antara satu dengan lain, maka itu lahirlah perdamaian, sebab keyakian kita yang teramat sangat kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan