Selasa, 21 Januari 2014

APA BEZANYA MELAYU JOHOR DAN MELAYU PULAU PINANG

Orang Johor tak akan lupa,namun boleh jadi terlupa jika dibuaikan dengan janji janji sorga,manakala umpama menang sorak kampong tergadai , haruslah bersiaga sebelum nasi menjadi bubur. 



Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut. 


Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.

Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5 Mei ini.

Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman.

Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?

JIKA BENAR! Apa dah jadi…..Suatu ketika tak ubah nasibMelayu, Johor seperti Melayu Pulau Pinang.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan