Isnin, 20 Januari 2014

SEBAB ADAKAH ESOK MASIH ADA ?

Sejurus mendengar jawaapan itu, aku nukilkan warkah ini;
Kepada sesiapa yang memahaminya atau mahu memahaminya, Ternyata jalan masa ada dan terbuka, waktu tidak dapat di tentukan selagi kita tidak mahu menentukan. namun Hati yang berbicara sering terusik atau ada yang mengusik, dan terdengarlah dari suara ke suara, dari rasa ada kepada rasatiada, dari rasa tiada kepada rasa ada, apakah itu rahsianya, atau mulut masih gamam untuk berbicara, kerana takut ada kaki akan pergi, namun sastra tak pernah meninggalkan seninya, gaya apa pun boleh berlagu, namun dari niat tak mungkin terkaku. Dari siapa yang dibicarakan dan dari apa yang di katakan, yang penting janji semestinya di kotakan. Tidak mungkin ikan di air jantan bentina, tidakdi ketahuinya, Tidak mungkin tempua bersarang rendah, tidak mngkin tidak kalau ada mulut, maka kuping dapat mendengarnya. Dari hati bicara ke hati,sejak nun jauh dulu, tapi di pertengahannya terputusnya suara yang menghubung dalam bayang bayang, jenuh juga mencari, namun tak sejunuh jika hati menjadi kukuh. Bukankah hidup ini, ada sadar dan jaganya, ada mimpi dan tiadanya, ada rasa dan dirasakannnya, malah ada jiwa yang dijiwakkannya, Namun kenapa tali masih tak sampai di tangan, mulut masih tak bersahut, walau hati sudah berkata lembut, Nah! kelembutan itu mungin bayang bayang, atau bayang bayang itu akan pergi dan datang, tak semudah itu dalam warkah ini aku mencoretkan, tidak sesenang itu pena ini menari, kerana udah jauh dari dulu, penapena ini berlagu, Ada kala di rintih sedih, ada kala membawa kegagajan, ada kala di rundung malang, ada kala merasa senang, adakala dan berkala kala yang membayangkan warnawarna hidup, Apakah yang hidup itu cinta atau kasih, Sayang atau menyayangi, amanah atau ikhtiar, dugu dan lugu, ceria dalam hau biru, Hidup oh hidup, begini asam garamnya, meniti cita cita pagi, dari hamparan putih, mendaki dan terus mendaki dari mengapai ilmu ke ilmu, dan pengalaman serta pengetahuan, kini asam dan garamnya sudah dirasai, mampukah kau mengatakan disebalik apa yang aku katakan, mapukah kau tunjukkandi sebalik apayang aku tunjukkan, nah warkah ini dalam takut dan berani, sebagaiseorang pejuang, namun ada kala takut di mamah oleh batas gelombang yang menghempas pantai dan terguling entah ke mana, adakah aku bermimpi lagi, dan menyambung mimpi ku, atau kata mimpi itu hanya menghantar aku ke pentas maya dan selunak di dengar, atau ia benar dan benar melainkan sebenarnya yang menyulam dalam kalbu, maka jika ia benar ya tuhan perluruskanlah pertautan itu, keranadi sana ada rahsia tanpa di ketahui oleh sesiapa. Entah besok lusa tulat atau langkat pelangi muncul lagi, menatari besiar pagi danbulan pun mengambang, dan aku ingin mendengar sang burung berbunyi girang,sebab adakah esok masih ada ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan