Sabtu, 4 Januari 2014

POLITIK NAFSU SERAKAH DI MALAYSIA.

Mengatas namakan Kezaliman, kemungkaran, penyeleweangan, ketidak adilan, kronisme, nepotisme, maka parti parti tertentu bergerak ke hadapan untuk menentang hal tersebut di negara ini. Pergerakan itu di rancang oleh pasukan tertentu di dalam parti tertentu, juga dengan niat tertentu. Kerajaan yang bertahan menjadi terguggat, di sebabkan pergerakan tersebut. Pokok tidak bergoyang, jika tidak ada angin. Janji Pilihanraya mula di tuntut oleh rakyat, seusai saja pemilu ke 13 ! Tiba tiba rakyat gusar dengan kenaikan harga barang, dan pelbagai bahan utama dalam menempuh kehidupan harian, bukan saja rakyat tidak selesa,malah rakyat di kalangan peniaga juga tidak puas hati. Belaku lagi pergerakan demi pergerakan, biarpun masa pilihanraya umum telah berlalu, namun tekanan kepada pemerintah terus berlaku, malah dari hal yang sekecil kecilnya hinggalah hal yang besar di pandang berat oleh parti oposisi.Mereka menekan ini lah kelemahan kerajaan. Jika parti pemerintah di tekan oleh isu yang di bawa oleh pembangkang, maka di mana mana bahagian negeri yang di perintah oleh parti pembangkang juga menerima nasib yang sama di tentang oleh parti barisan nasional. Soalnya, Kita jarang dipertontonkan mengenai kerjasama diantara parti kerajaan dan parti pembangkang ! Apa saja yang menyangku terhadap masallah rakyat seharusnya kedua pihak mestilah bangkit untuk memastikan kepentingan rakyat tidak terguggat, tetapi treand penggulingan, dan melemahakan di antara satu dengan satu parti lebih menjadi sasaran kepada mana mana parti, manakala rakyat pula akan menjadi jelak dengan perangai kepartaian yang semata mata berebut kuasa, daripada menunjukkan ciri ciri baik di dalam memimpin negara atau mana mana parti sekali pun, dengan sebab itu, jika budaya Politik yang gembel ini di teruskan, malaysia pasti menjunam dan akhirnya negara akan dihancorkan oleh parti parti yang rakus dan tamak kuasa,salahguna kuasa, malah jauh dari itu mereka akan mebangkrapkan negara ini, mengikut nafsu serakan mereka itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan