Jumaat, 11 September 2009

APA DAN SIAPA PERLU SEPAKAT ?

Saudara Pembaca,
Merentasi saranan Timbalan perdana Menteri seperti berikut:

3d people partner. by 姒儿喵喵.

Rakyat perlu kembali sepakat - TPM

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Rakyat berbilang kaum di negara ini perlu kembali bersepakat dan meletakkan keyakinan terhadap Rukun Negara yang menjadi asas kepada pembentukan negara merdeka dan harmoni, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat harus sedar bahawa tempoh 50 tahun akan datang membawa bersama cabaran lebih besar yang menuntut semua kaum bersepakat dan saling mempercayai untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut.
Beliau menegaskan, kesemua halangan itu tidak akan menjadi sukar sekiranya rakyat berusaha keras menjayakan gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kesemua cabaran dan rintangan itu dapat diatasi dan negara akan dapat mengekalkan keharmoniannya jika agenda pembangunan negara bangsa selepas 52 tahun merdeka menerusi gagasan 1Malaysia dijayakan.
"Tempoh 52 tahun merdeka sepatutnya menjadikan kita matang dan sentiasa berhati-hati mengelak kerencaman penduduk pelbagai bangsa dan agama daripada terusik dan terjejas sehingga mengeruhkan keadaan," katanya dalam perutusan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-52 di sini hari ini.
Muhyiddin dalam pada itu turut mengingatkan rakyat agar berwaspada dengan anasir tertentu yang mahu melihat keharmonian negara tergugat.
Beliau berkata, pihak berkenaan tahu kunci utama untuk memastikan Malaysia tergelincir dari landasan kemerdekaan adalah kerapuhan hubungan kaum di negara ini.
"Sebab itu isu-isu tersebut disentuh dan diapi-apikan biar pun hakikatnya rakyat pelbagai kaum negara ini sememangnya hidup aman damai dan saling menghormati.
"Lebih serius lagi, persetujuan yang terpateri dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan sedangkan dalam keadaan negara mencapai usia 52 tahun merdeka, perkara tersebut sepatutnya telah difahami dan diterima tanpa syak wasangka," ujarnya.
SAYA MENAGGPI ISU INI DENGAN KENYATAAN BERIKUT;

1. SIAPA YANG TAK SEPAKAT.........PEMIMPIN ATAU RAKYAT
2. SIAPA YANG MEMBENTUK KRONI .......PEMIMPIN ATAU RAKYAT
3. LAHIRNYA MELAYU KAYA .... ATAS ACUAN PEMIMPIN ATAU RAKYAT
4. TERBENAMNYA MELAYU MSIKIN..... SEBAB PEMIMPIN ATAU RAKYAT
5. CINA DAN INDIA TAK PUAS HATI......SIAPA YANG PERLU JAGA HATI RAKYAT ?
6. 50 TAHUN YANG SUDAH RAKYAT BERI KEPERCAYAAN....BAGAIMANA NASIB PEMIMPIN DAN BANGAIMANA NASIB RAKYAT
7. 50 TAHUN YANG AKAN DATANG PEMIMPIN NAK AJAK RAKYAT SEPAKAT

.............RUPA RUPANNYA KAJIAN UNTUK PEMIMPIN MALAYSIA MENSEPAKATKAN RAKYAT MALAYSIA MEMAKAN MASA 100 TAHUN.........APAH ITU PEMIMPIN, JIKA IDEA UNTUK RAKYAT ATAU IDEA UNTUK PEMIMPIN ITU BERULANG ULANG.....INI RUPA RUPANYA
DI SEBALIK SIAPA DAN APA MAKNA SEPAKAT!!!
JOM HEBAH ! JOM HEBOH
FIKIRKAN APA DAN SIAPA
YANG TAK SEPAKAT
YANG BERPAKAR
TUMBANG SANA
TUMBANG SINI
CANTAS SANA
CANTAS SINI
AKHIRNYA
ITULAH
DAPATNYA
FIKIR FIKIRKANLAH.
Dicatat oleh MOHD ZAID di 01:21

Tiada ulasan:

Catat Ulasan