Sabtu, 5 September 2009

DUNIA LEBIH MENCABAR : MANUSIA SERING BERCAKAR

Saudara Pembaca,
Jika kita lihat usia bumi adalah jauh lebih tua dari usia kemerdekaan Negara kita 52 tahun, manakala bumi sedang berada di penghujungnya, apa kah pendapat saya ini extrem ? kepada saya tidak, Usia bumi yang jutaan tahun ini seharusnya membuat manusia semakin matang dan masak, malangnya masyarakat dan pemimpin sering menyisihkan pengalaman usia bumi, malangnya pengalaman usia manusia itu turut juga di sisihkan, mereka lebih terdorong dengan perebutan kuasa dan kekayaan, padahal tanggungjawab yang lebih besar iaitu mengabdi kepada Allah s.w.t. semakin sempit dalam pemikiran mereka.Akibatnya semua tidak tanduk mereka menympang dari landasan agama, malahan mereka sanggut menjadikan agama sebagai hiasan saja, sebagai budaya, bukan sebagai amanah, dan malangnya  lagi manusia itu terlalu angkoh dan sombong, mereka di bekalkan akal tetapi tidak menggunakkan akalnya dengan baik bagai mengapai Iman, malahan sebenarnya lebih extrem mereka telah mempermain mainkan iman, sebab itulah mereka tidak dapat bersatu secara murni, selagi mereka meletakkan kepentingan nafsu serakah mereka, selagi kuasa menjadi inti otak kepada mereka. Apa yang inigin saya katakan adalah cukup mudah, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya, kembalilah mentaati Allah dan rasulnya, serta mengikuti apa yang telah di firmankan oleh Allah di dalam Al Quran, dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Jika ini dapat di ikuti dengan baik,iklas dan bertanggungjawab yang berasaskan Iman dan Islam, sudah tentulah Dunia yang mencabar ini dapat di atasi, manakala percakaran sesama manusia  dapat di bendung, ini adalah tugas yang paling besar yang harus di fahami oleh rakyat dan pemimpin, barulah semuanya akan menjadi aman, dan selamat. Ingatlah tidak ada manusia yang dapat bertahan dengan usiannya, sebanyak mana kekayaan yang ada padanya sekali pun akan turut di tinggalkan, setinggi mana pun pangkatnya mereka akan turun dari pangkat itu, tetapi selagi Iman dan takwa di junjung selagi itulah ia akan selamat dan berbahagian dan insyallah akan dapat membahagiakan kesemuannya dengan izin Allah,
Fikir fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan