Rabu, 9 September 2009

MEREKA GELOJOH DAN RAKUS : PEMIMPIN UMNO (walaupun tidak semua) Nila setitik rosak susu sebelanga)

KERAKUSAN PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA

Saudara Pembaca,

Rakyat pada hari ini, inginkan jaminan keselamatan, kedamaian, kesejahteraan. Malangnya sejak kebelakangan ini terlampau banyak isu yang melanda negara ini. Dari Isu kemiskinan sampai kepada isu pembunuhan, dari isu pembangunan hingga kepada isu pendidikan, dari isu agama sampailah isu kemerosotan akhlak dan macam macam lagi.

Apa dah jadi ? Adakah demonstrasi melambangkan pembangkang di Negara ini sudah berpacu ke depan untuk menghadapi PRU 13, dengan membongkar isu panas dari pihak kerajaan. Malahan Parti BN dan pemimpin mengakui bahawa BN akan runtuh dan UMNO akan terkubur, jika ahlinya tidak bertukar sikap, dan apa yang ingin saya rumuskan adalah mudah;-

1. BN telah diberi kuasa 62 tahun memerintah, ada kemajuan dan sejak kebelakangan ini ternampak sangat keburukannya, Pemimpin BN coba refom tetapi saya menilainya gagal, dan kegagalan itu adalah sudah hilangnya nilai murni di kalangan pemimpin BN, secara jujur saya katakan mereka lebih retorik dari berkerja.

2. Rakyat Bosan dan jijik melihat pemimpin yang berlakon bersih pada hal tidak bersih dan kotor,profil mereka ada di dalam poket rakyat, dan teropong rakyat ada di mana mana mereka lupa, rakyat melihat pemimpin mengambil jalan bertengkar dan bergolak sesama sendiri, sedangkan;-

3. Kegawatan ekonomi di rasakan oleh rakyat kecil, masih ada rakyat yang terkial kial untuk cari makan, mahu membiayai persekolahan anak anak, membiayai suatu keluarga yang besar dengan pendapatan yang terhad, dari kehidupan serba sederhana, kini mereka beralih menjadi kehidupan miskin dan dari kehidupan miskin mereka beralih kepada kehidupan papa, dan ini sangat sangat mengecewakan rakyat, oleh sebab itu;-

4. Rakyat memberontak dalam senyap dan curahan berontakan itu pada keputusan pilihanraya, kini rakyat tetap beranggapan kerajaan yang di terajui oleh BN bukan bersunguh sungguh bela rakyat, tetapi :-

1. Pemimpinnya mencari populeriti, menambah kekayaan, suka bergaduh sesama sendiri, sering melupakan pemimpin yang berasa sebelumnya, sering membanggakan diri, malahan yang paling mengerikan adalah kes jenayah semakin meningkat.

2. Rakyat dalam ketakutan, rakyat takut negara ini akan di jajah semula lebih lebih lagi menerusi dasar dasar baru yang secara jelas bukan memihak kepada rakayat, seperti liberalilasi dan kemuncak kapatalis semakin membunuh perjuangan rakyat kecil.

3. Isu Stinggan,isu penempatan, kebersihan, dan apa saja isu yang melanda di Negara ini sudah membayangkan di fikiran rakyat bahawa setiap isu itu di bangkitkan, yang jelas dan pasti golongan tetentu akan ambil kesempatan dan buat duit, rakyat hanya merengut dan seterusnya akan berdendam dengan salahlaku pemimpin yang tidak amanah,

Saudara Pembaca, saya khwatir kebangkitan rakyat akan memberi kesan besar di negara ini, dan bermulalah kembali tiri besi di negara Deomokrasi, apalah maknanya jika nyawa telah melayang ? Negara musnah ? orang asing campur tangan ? Rakyat semakin menderita ?
anak anak semakin jahil ? Pemimpin semakin rakus ?

Bukakah tanda ketidakan amanan itu sudah muncul dan sedang menjalar di Negara kita,
Apak itu dikatakan POLItik Malaysia VS Politik Rakyat, atau Kerakusan Pemimpin Politik ?

Renung renungkanlah !
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA
DAN BESIKAP OBJEKTIF.
Dicatat oleh MOHD ZAID di 17:58

Tiada ulasan:

Catat Ulasan