Jumaat, 11 September 2009

TUNGGU SAMPAI DARURAT : H1N1
Saudara Pembaca,
Saya menonton berita Nasional yang memberitakan sudah 40 lebih orang meninggal dunia di Malaysia disebabkan Jangkitan H1n1. Menjadi persoalan kepada saya, seharusnya masalah ini hendaklah di tangani dengan serius oleh semua pihak. Kerajaan dan rakyat, pembangkan dan agensi kerajaan serta setiap keluarga di negara ini mestilah bersungguh sungguh untuk mengatasi masalah ini, dengan mengunakan kepelbagaian cara. Maksud saya setiap orang berperanan untuk bertindak dan tindakan itu mestilah memiliki jaringan kerja sama yang terlatih. Saya mengambil contoh, jika ada sekolah yang telah menghadapi masalah ini, ianya mestilah berani bertindak segera untuk menutup sekolah tersebut agar wabak tersebut tidak menular, jangan tunggu arahan dari atas sehingga ramai dah terkorban baru akan di tutup sekolah, Yang penting nyawa pelajar harus di selamatkan lebih awal. Saya khwatir rakayat di negara ini menganggap wabak ini adalah wabak biasa dan tidak bermasalah sangat, sikap sambil lewa ini akan membawa padah, dan jika ianya berterusan......tunggu sampai di istiharkan darurat, barulah semuannya merasa cemas,
Justru itu perlu bertindak segera, sebelum terlambat.Berdoa dan solat hajat mohon perlindungan dari Allah, Insyallah. Jangan lupa berwuduklah sentiasa, mudah mudahan rakayat dan negara ini akan di lindungi oleh Allah s,w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan