Rabu, 9 September 2009

POLITIK SINDROM TEGANG DAN KECUT

PROSES KESATUAN POLITIK, PENGEMBANGAN DAN KETEGANGAN DAN PEGECUTANNYA

Saudara pembaca, ini kenyataan sebahagian Tun Musa :-

Apakah Tun yakin gabungan pembangkang ini mampu menjadi alternatif kepada rakyat dalam pilihan raya akan datang?
MUSA: Mereka mampu menjadi alternatif kepada rakyat. Namun begitu sama ada Pas, DAP dan PKR mampu bekerjasama antara satu sama lain, itu satu soal lain. Pada hemat saya melalui apa yang saya lihat sekarang ia tidak boleh menjadi. Cuma di luaran sahaja namun dalam isu yang lebih mendalam ia sangat sukar kerana tidak ada persamaan dari segi dasar, ideologi dan sebagainya.
Namun begitu kita jangan lupa sebelum kemerdekaan bagaimana keadaan UMNO, MCA dan MIC. Parti-parti ini mampu bekerjasama walaupun dilihat agak mustahil untuk terjadi, namun ia berjaya. Ia dipanggil sebagai muafakat kerana kepentingan. Tidak mustahil untuk berlaku di kalangan pembangkang. Kita jangan ambil mudah tentang kerjasama antara pembangkang ini.
Kita perlu melihat kepada kelemahan diri kita dahulu untuk kembali berjaya. saya lihat Datuk Seri Najib telah mula tahu dan sedar tentang kelemahan ini bukan sahaja dengan deklarasi dan sebagainya namun beliau memang buat apa yang perlu dilakukan.
............Kenyataan tersebut adalah kenyataan yang semakin nyata, dan untuk apa rakyat berlengah untuk menyokong pakatan rakyat, dimana proses kesatuan rakyat akan bermula dan sedang berjalan, manakala proses penguncupan dan kepupusan Barisan Nasional juga sedang berjalan, dan imbangannya bagaimana rakyat dapat mengisi momentum ini dalam konteks positif, dan dalam masa yang sama tiori ketegangan akan diciptakan oleh penyandang kerajaan hari ini.......dan inilah kenyataannya ?

Fikir fikirkanlah,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan