Jumaat, 11 September 2009

BAKAR BENDERA MALAYSIA vs BAKAR EMOSI

Saudara Pembaca,
Hati saya terbakar, jika bendera negara saya di bakar oleh orang asing di Indonesia. Namun itu bukan bermakna kita dayus, sebenarnya kita tahu ada pihak yang coba melaga lagakan antara kedua buah negara ini, saya fikir cukup lah, rakyat dah pun faham. Namun Indonesia juga perlu faham jika Bendera negara itu di bakar oleh rakyat malaysia, yang sama juga tidak berarti di sebabkan kedua dua pihak ini bukan dayus, namun mereka yang tidak mencapai matlamatnya itu yang sekarang ini merupakan golongan dayus membakar bendera. kasian!

Fikir fikirkanlah, sebab hanya lagu terang bulan
yang hanya dalam praduga tak jelas.
Sedangkan lagu itu adalah milik
Malaysia.

1 MALAYSIA : RAKYAT DAN PEMIMPIN MASIH BERGOLAK

Hari ini, peristiwa di perak berulang lagi untuk ADUN Pakatan Rakyat menjelaskan bahawa mereka masih berkuasa dan kumpulan BN yang memerintah Negeri Perak adalah kumpulan yang haram, mereka membuat keputuan terhadap sepeker BN dan sebelum itu 3 ADUN pembangkan di perak telah di tangkap, manakala beberapa rekasi dari aksi tersebut telah mendapat ikhtibar daripada rakyat apa yang telah dan sedang serta akan berlaku, nantinya. Tidak jauh dari perisitwa ini, di Trengganu pula muncul persitiwa 9 ADUN BN berkemungkinan melompat parti, jika tuntutan mereka tidak di penuhi, dan rakyat juga mengambil ikhtibar ini apabila dikatakan ada desas desus yang mengadakan adun adun ini berjumpa dengan Dato Sri Anwar Ibrahim, ini bermakna keadaan di Trenganu kritikal bagi BN, sehingga di fahamkan esok Dato Hisham dan tan Sri Mahyiddin akan berada di sana. Juga tidak jauh dari perisitiwa tersebut kita di dengugkan dengan perisitwa di kedah di Mana SPR telah mengesahkan bahawa tiada kekosongan kerusi DUN yang di anggap boleh membatalkan seorang wakilrakyat itu bagi mengadakan pilihanraya kecil, sementara itu di Selangor sebelum ini didengarkan mengenai perarakan kepala Lembu, disebabkan usaha membenarkan berdirinya kuil di tempat yang di maksudkan, manakala Di Kuala Lumpur, makamah memaklumkan kes Anwar Ibrahim di tangguh sehingga bulan november, ..........Apa maksud segala yang diungkapkan ini secara berangkaian ? Saya melihat apakah makna keamanan yang di janjikan dengan selogan 1 Malaysia, selagi rakyat tidak dapat menerimanya.

Fikir fikirkanlah.

Selasa, 2009 September 01

ISU APA SEDANG BERMAIN DI INDONESIA MENGENAI LAGU TERANG BULAN ?

Saudara Pembaca,
Saya jadi pelik kenapa dan apa sangat yang di tuntut oleh golongan tertentu di Indonesia yang mengatakan lagu negara ini, adalah daripada ciptaan bangsa Indonesia, seperti berikut;-
Selasa, 1 September 2009 | 21:26 WIB
JAKARTA, KOMPAS.com- Ribut-ribut soal lagu Terang Bulan yang sudah menjadi lagu kebangsaan Malaysia membuat pemain film, penyanyi, bintang ikan, dan pembawa acara terkemuka di tahun 1970-19880-an, Kris Biantoro (71), agak gelisah.
Bukan soal "klaim" Malaysia yang dia prihatinkan, tetapi justru adanya pihak yang mengklaim sebagai keluarga dari pencipta lagu itu dan akan menggugat pihak Malaysia.
"Jangan buru-buru mau bikin somasi. Malu nanti," ujarnya, mengingatkan, ketika dihubungi, Selasa (1/9) di Jakarta. Kris mempertanyakan, apa keluarga punya bukti yang sah dan meyakinkan? Kalau tidak, bisa malu Indonesia nantinya.
Kris, yang masih tampak segar dan bersemangat, dengan salam khas merdeka ini, menunjukkan kepada Kompas bahwa ia memiliki bukti hitam di atas putih. Menyimpan piringan hitam yang lengkap dengan syair dan partiturnya.
Judul asli lagu itu adalah Malayan Moon (Terang Boelan) karya Paul Lombard. "Tidak jelas, apa Paul Lombard orang Amerika atau Inggris," ungkapnya.
Di zaman penjajahan, ketika Malaysia masih terjajah, pengaruh-mempengaruhi sudah ada. Termasuk Indonesia, lagu Terang Boelan baru dikenal di Indonesia ketika tahun 1936 ada film Indonesia berjudul Terang Boelan. Artinya, lagu Terang Boelan sudah ada sejak 1936.
Soal piringan hitam/plat Paul Lombard itu, Kris mendapatkannya di Australia, tahun 1964.
Terkait masalah budaya, Kris menyarankan agar ditanya dulu orang yang lebih tahu. "Kita punya Remy Silado, misalnya," pungkasnya.
PADA HAL JIKA DI SEMAK PADA CATATAN SEJARAH SEBENAR ADALAH
SEPERTI BERIKUT;-

Perbincangan:Mamula Moon

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Mana satu keluar dulu? Terang Bulan ke lagu negeri Perak? Berdasarkan sumber saya, seni kata lagu negeri Perak dicipta pada tahun 1901, bukan 1888.—Aviator, 16:31, 15 Ogos 2008 (UTC)
Pembetulan: Berdasarkan penelitian sumber, lagu Terang Bulan telah pun popular di Perak sebelum Perak mempunyai lagu kebesaran. Lagu ini diperkenalkan oleh Raja Abdullah sekembalinya dari perbuangan di Mahe, Seychelles. Asal usul lagu negeri Perak pula berdasarkan dua pendapat. Pendapat pertama menyatakan bahawa lagu Perak mula dimainkan pada tahun 1888, manakala pendapat yang satu lagi menyatakan pada tahun 1901. Sila ambil perhatian bahawa dalam kedua-dua pendapat ini, lagu Perak ini hanya digubah berdasarkan irama Terang Bulan (iaitu dalam bentuk skor) dan dimainkan tanpa seni kata.—Aviator, 17:02, 15 Ogos 2008 (UTC)
Saya tidak tahu mana punya pendapat yang menyatakan lagu Trang Bulah dan ada di Perak 1888. Kalau dan ada takkan Sultan Perak berkenan ia digunakan sebagai lagu negeri. Ketika Sultan Idris dari Perak melawat England pada 1888, pembantu peribadi sultan (Aide-de-camp), Raja Mansur ibni Sultan Abdullah, menggunakan lagu yang asalnya ditulis oleh Pierre Jean de Beranger sebagai lagu negeri Perak. Selepas dia kembali baru senikatanya ditulis, sebab itu ia dikatakan 1901. Lagu Trang Bulan pula hanya wujud 1920-an - 1930-an. http://www.national-anthems.org/history.htm Yosri (bincang) 17:16, 15 Ogos 2008 (UTC)
Perhatikan betul-betul. Macam mana rombongan Diraja ke England itu boleh tahu irama lagu itu, melainkan lagu itu sudah pun popular di Perak? Satu lagi, katakan bahawa lagu Terang Bulan muncul selepas lagu negeri Perak, yakni diambil daripada lagu negeri Perak. Bukankah aib kalau lagu kebesaran negeri diciplak, dijadikan lagu popular dan dinyanyikan di majlis-majlis tarian? Sebab itu apa yang saya faham ialah lagu Terang Bulan muncul dulu, kemudian lagu negeri Perak diambil daripada Terang Bulan, dan kerana itu lagu Terang Bulan menjadi makin popular. Ketika 1920-an dan 1930-an, Terang Bulan bukannya baru muncul dan nak jadi popular, tetapi sudah mencapai status "evergreen". Ya lah, "Many Malaysians who grew up in the 1920's and 1930's have fond memories of this tune." Aya tini adalah berdasarkan kesesuaian. Takkan pula nak tulis "Many Malaysians who grew up in the 1890's and 1900's"? Orang yang lahir pada 1890-an dan 1900-an dah tak hidup pada hari ini!—Aviator, 18:16, 15 Ogos 2008 (UTC)
Sila ambil perhatian, rombongan Diraja ke England itu boleh tahu irama lagu itu kerana ada diantara mereka telah dibuang negara ke Mahe, Seychelles kerana pembunuhan J.W.W._Birch. Mereka tidak akan memilih lagu yang popular di negeri Perak kerana Residen British akan mati ketawa bila mendengar lagu negeri Perak dimainkan. Lagu Trang Bulan dimainkan di majlis-majlis tarian luar bidang kuasa negeri Perak, seperti di Singapura pada 1920's and 1930's. Ayat "Many Malaysians who grew up in the 1920's and 1930's have fond memories of this tune." adalah kerana selepas ia dipilih sebagai lagu kebangsaan Malaysia, ia tidak lagi dibenarkan dimainkan di Malaysia, hanya tinggal dalam ingatan. Yosri (bincang) 15:28, 17 Ogos 2008 (UTC)
Betulkah dalam kalangan mereka ada yang dibuang ke Mahe? Kalau ya, macam mana boleh dapat jemputan British pula? Umpama memanggil banduan mengadap di istana. Setahu saya, yang dibuang negeri itu ialah Raja Abdullah, dan Baginda tidak dijemput ke England.—Aviator, 13:59, 20 Ogos 2008 (UTC)
Hanya kerana anda tidak tahu bukan bererti tiada. Lagi satu tolong baca/selidik sendiri dulu, supaya tidak buang masa saya menerang berulang-ulang. Lihat petikan ini:-
Tuan Haji Mubin Sheppard yang pernah memegang jawatan Pengarah Arkib Negara telah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku ini. Beliau mendapati cerita dari dua adik beradik iaitu Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah binti Almarhum Sultan Abdullah dan juga dari Raja Kamarulzaman. Mengikut dua adik beradik ini kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan.
....Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan adalah seorang ahli muzik..... Yosri (bincang) 00:54, 23 Ogos 2008 (UTC)
Apa yang anda ingin sampaikan sebenarnya? Tiada seorang pun yang anda sebut dijemput ke England. Dan rombongan England itu tidak tahu lagu itu KECUALI setelah dipopularkan oleh Sultan Abdullah (atau putera dan puteri Baginda) di Perak. Satu lagi, rasional pemilihan Terang Bulan sebagai lagu negeri ialah pembantu Sultan itu kan sedang panik. Dia tak ada masa nak fikir apa lagu yang sesuai. Sebab itulah dia cadangkan lagu Terang Bulan saja. Sebab pun banyak. Rakyat sudah kenal lagu itu, tak ada masalahlah kalau dijadikan lagu negeri. Sultan lagilah perkenan, kan lagu itu lagu kegemaran Baginda?—Aviator, 02:10, 23 Ogos 2008 (UTC)
Humm... Masih tak faham. Macam ini. Petikan:- Mengikut dua adik beradik ini (anak Sultan Abdullah) kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. menunjukkan anak Sultan Abdullah first time dengar lagu ini di Mahe sebelum 1888. Mereka pun jadi besarlah. Bila sudah besar, seorang lagi anak Sultan Abdullah, Raja Harun bin Sultan Abdullah telah menjadi setiausaha peribadi Sultan Idris. Sultan Idris pergi ke England. Sampai England, orang mintak lagu rasmi. Lagu yang dimainkan tidak boleh popular di Perak kerana Residen British Perak akan pecah lubang bahawa lagu itu bukan lagu rasmi Perak. Raja Harun ingatlah lagu dia masa kecik-kecik di Mahe. Raja Harus mainkan lagu Mahe itu. Pass tu jadi lagu resmi negeri Perak. Pass tu irama itu sampai ke Singapura sebagai lagu Trang Bulan. Lagu Trang Bulan tidak mungkin sampai ke Perak kerana di Singapura dan Selangor/KL (yang berada perantaraan) pun belum dengar/ada rekod mengenainya, hanya 1930-1940 (1888-1930 = 42 tahun selepas itu) baru ada rekod mengenai Trang Bulan dimainkan dalam Bangsawan di Singapura. Yosri (bincang) 02:40, 23 Ogos 2008 (UTC)
Kejamnya. Sampai anak-anak pun kena buang sekali?—Aviator, 04:20, 23 Ogos 2008 (UTC)

Terima kasih kerana penerangan itu. Jadi tidak betullah kalau dikatakan bahawa lagu negeri Perak diambil daripada Terang Bulan. Sebaliknya lagu Terang Bulan diadaptasikan daripada lagu negeri Perak, tak begitu? Saya gambarkan salasilah lagu-lagu ini dalam rajah ini:
Skor gubahan Pierre-Jean de BĂ©ranger, Mahe (1880-an)
                     |
                     v
  Allah Lanjutkan Usia Sultan, Perak (1888/1901)
                     |
                     +----------------------------+
                     |                            |
                     v                            |
   Terang Bulan, Singapura & Indonesia (1920-an)  |
                     |                            |
                     v                            |
         Mamula Moon, England (1947)              |
                                                  v


                                      Negaraku, Malaysia (1957)
Jadi, tak patutlah kalau sesetengah penyokong Konfrontasi menuduh bahawa Negaraku diciplak dari Terang Bulan milik mereka, sedangkan lagu Terang Bulan itu sendiri diciplak dari lagu negeri Perak.—Aviator, 04:20, 23 Ogos 2008 (UFIKIR FIKIRKANLAH.
MALAYSIA DAN INDONESIA SEBENARNYA
NEGARA SERUMPUN YANG AKRAB.

BUKIT BUKIT DI BATU PAHAT DI GONDOLKAN: PENJENAYAH ALAM SEKITAR

Saudara pembaca,
Sepanjang saya melalui jalan Minyak beku Batu Pahat, saya jadi takut melihat suasana alam sekitar yang di abaikan, apa tidaknya, tanah milik jabatan Hutan yang berbukit telah di gondolkan, kawasan bukit telah di tarah, batu batunya di ambil dan kesannya sangat bahaya kepada penduduk Batu Pahat, Johor. Penjenyah seperti ini seharusnya di kejar dan di tangkap. Saya melihat kawasan yang bukan kelulusan kuari juga berani mereka beroperasi secara terbuka, saya pelik apa yang jabatan kerajaan buat, apa yang Pejabat tanah buat, apa yang alam sekitar buat, apa yang pejabat hutan buat, apa yang polis buat. apakah mereka menyelamatkan rakyat atau harapkan pagar pagar makan padi. jka ini berterusan jika bencana alam melanda, pada ketika itu kita dengar salah sana, dan salah sini, tapi apa gunanya apabila korban bencana alam telah terjadi, tolong lah jaga negara ini baik baik, keluarga, kerabat dan shabat handai akan terlibat jika berlakunya bencana alam, dan pada ketika itu tiada apa lagi yang dapat di sesalkan.

Fikir fikirkanlah,

KENAPA ULAMA TAK NASEHAT KERAJAAN MENGAMALKAN HUKUM ISLAM : MALAYSIA NEGARA ISLAM.

Saudara Pembaca,
Saya Pelik, kita mengistihar negara ini negara Islam, tetapi kenapa banyak hukum Islam yang secara langsong di perintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al Quran tidak di laksanakan ? Apakah ulama ulama kita sedar atau tidak, tahu atau sengaja menyembunyikan, seharusnya ulama di negara ini tidak perlu takut kepada kuasa pemerintah yang ada, mereka mesti berterus terang untuk menyatakan pelaksanaan terhadap hukum Allah.
Adakah mereka takut kepada Allah atau kepada pemerintah ?
Silalah kembali melihat undang undang yang ada, adakah perjuangan menegakkan undang undang yang berteraskan Islam ini di perjuangkan secara sirius, harap harap mereka sedar, sesungguhnya semua yang diamanahkan di atas tanggungjawab masing masing dapat di laksankan, jika tidak sesungguhnya Allah mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

Fikir fikirkanlah.

Pencuri yang lapar: Tak cukup Makan

Saudara,
Tadi malam saya bersembang dengan seorang kawan, beliau bertugas menjaga kawalan keselamatan swasta, saya tanya kepadanya mengenai keadaan keselamatan ditaman tman yang dia tahu, katanya semalam ada satu kes , rumah orang cina kena pecah, pencuri masuk. Saya tanya di mana disebuah taman yang dinamakannya taman koprasi, saya tanya dia apa yang hilang, dia jawab, sekarang ini sangat tersepit. Pencuri itu curi makanan di dalam peti ais, ambil ikan .
Begitulah ringkasnya;
Membayangkan kepada saya, nampaknya rakyat dah pada pringkat tak ada duit untuk membeli makanan, sehingga terpaksa mencuri makan di rumah awam, alangkah sedihnya.

fikir fikirkanah.

PEMIMPIN MALAYSIA SIAPA SELEPAS SIAPA ?

Saudara Pembaca,
Perdana Menteri Pertama semua tahu Tunku Abdul Rahman, kedua Tun Razak, ketiga Tun Hussein, Keempat Tun Dr mahathir, ke lima Tun Abdullah Badawi, dan keenam adalah Daro Seri Najib Tun Razak. Ketujuah .....Siapa ?
Kita boleh menjangka, tetapi ketentuan adalah dari Allah s.w.t. Saya coba menghurai persitiwa iaitu sejak dari Tun Dr Mahathir mendapatkan jawatan sebagai PM, saya masih terkenang pada ketika itu Tun Hussein mengistiharkan sebab sebab kesihatan beliau berundur, ketika itu tun Hussein menangis di restrumnya, dan apakala tun Dr Mahathir ingin melepaskan jawatannya beliau juga mengistiharkan yang dia sudah lama, dan meningis juga di restrumnya, selanjutnya di gantikan dengan Tun Abdullah ahmad Badawi, saya masih ingat bacaan plan peralihan kuasa yang dibacakan oleh Tun Abdullah pada ketika itu dan sejumlah orang semua tahu masing masing memujuk tun Mahathir jangan meletakkan jawatannya, cerita ini sudah tidak asing lagi.
Seterusnya memendikkan cerita Tun Abdullah pula di desak supaya berundur kerana reputasi yang buruk sewaktu menghadapi pilihanraya ke 12, macam macam alasan diberikan dan macam macam isu kenapa tun abdullah mesti berundur, kini beliau telah berundur dan suaranya juga sudah mulai kabur, dan ketika beliau akan berundur terdapat juga plan peralihan kuasa yang di paksakan agar di percepatkan perunduran itu, dan kapten yang kehadapan mendesak adalah Tan Sri Mahyiddin Yassin, sampaikan, Tun Abdullah mengatakan kenapa mereka itu tak boleh bersabar ? Perisitwa- peristiwa ini mengingatkan kepada saya adalah seperti berikut:

APAKAH SELESAI SEMUA MASALAH JIKA TEKAN DEMI TEKANAN UNTUK MELEPASKAN JAWATAN ITU MENJADI TERAND MENDAPAT JAWATAN SECARA TIDAK TERHORMAT ?

APAKAH MEREKA TIDAK INGAT BAHAWA MEREKA JUGA AKAN BERDEPAN DENGAN HUKUM KARMA, YANG AKHIRNYA MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA ?

KINI ;-

1. APAKAH DENGAN DATO SRI NAJIB MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN NEGARA MASALAH SELESAI, NEGARA JADI MAJU, HARGA MINYAK TERUS TURUN, HARGA GLULA DAN TEPUNG TURUN, TIADA BIOKOT, TIADA DEMONSTRASI, RAKYAT JADI KAYA, NEGARA JADI MAJU, PERPADUAN KAUM SEMAKIN MEMBAIK, POLITIK NEGARA SEMAKIN TENANG, JADI SAMA SAMALAH KITA LIHAT, ADALAH SEMAKIN MEMBAIK ATAU SEMAKIN MEMBURUK ?

2. DATO SERI NAJIB DALAM PERJALAN 200 HARI MENJADI PERDANA MENTERI, APAKAH SEGALA GALANNYA AKAN BERLAKU DENGAN PENUH AJAIB, MALAHAN SUDAH 7 KALI PILIHANYAKECIL, YANG MENANG HANYA SEKALI, DI SEMENAJUNG MALAYSIA SEMUANNYA KALAH.

3. PLAN PENGAMBILAN KUASA DI PERAK, SEMUA ORANG TAHU MACAM MANA DAN APA KESANNYA, SEHINGGA KINI RAKYAT BANYAK YANG TIDAK MENGIKTIRAF KEWUJUDKAN KERAJAAN BN DI NEGERI PERAK YANG DI ANGGAP SEOLAH RAMPASAN KUASA,TERANCANG DAN TIDAK TERHORMAT, TAK PERNAH TERJADI DALAM SEJARAH MALAYSIA, JADI APAKAH INI LEBIH MEMBAIK ATAU MEMBURUK ?

*...catitan ini saya sambungkan kepada peristiwa baru terjadi hari ini(seperti mana yang saya sendiri tidak terduga
ADUN Pakatan ditangkap, SUK Perak dikawal ketat
Sep 2, 09 10:42am
ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.

Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.

Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.

Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."
Turut ditangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.
Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.
Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.
"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.
Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.
Kumpulan Pro-BN

Sementara itu, kumpulan kedua - penyokong BN yang memakai baju kuning - juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.

Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.

Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu. Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.
)



4. FOKUS SAYA .............SIAPA SELEPAS SIAPA, BERMAKNA JIKA INI MENJADI TREAND SEPERTI DEMIKIAN, MAKA TIDAK MUSTAHIL DATO NAJIB JUGA AKAN MENGHADAPI TEKANAN DALAM BENTUK YANG KITA TIDAK TAHU, TAPI SAYA YAKIN AKAN ADA URUTAN PERISTIWA YANG SEDANG MENUNGGUNYA, MUNGKIN SIAPA TAHU TEKANAN YANG BELIAU HADAPI AKAN LEBIH DASYAT DAN SIAPA YANG BAKAL MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA AKAN DATANG.... TENTULAH MEREKA YANG SEDANG MERANCANG LEBIH MENGETAHUINYA.......SIAPA DIA..TANYALAH MEREKA MEREKA YANG TAKUT DENGAN BANYANG BANYANG SENDIRI, PASTI MEREKA TAHU SIAPA SELEPAS NAJIB. DAN KITA AKAN TENGOK SELEPAS INI MACAM MACAM
YANG AKAN TERJADI.
ADALAH INI PERJUANGAN PEMIMPIN KITA MASA KINI, ATAU MANA PEMIMPIN KITA YANG SETULINYA YANG DAPAT MEMBANTU NEGARA INI,

FIKIR FIKIRKANLAH.
0 ulasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan