Isnin, 7 September 2009

KIAMAT PASTI TIBA : TINGKATKAN AMAL,IMAN DAN TAKWA KEPADA ALLAH

Saudara Pembaca,
Mengenai Planet X, banyak di bincarakan dalam lama web internet dan sesungguhnya menjadi bahan renungan kita dan seterunya memberikan rasa keinsafan kepada kita, walapun sebenaranya Al Quran telah mendahulu penceritaannnya yang jelas mengenai kiamat, kepada orang Islam menreka menghadapi Isu ini dengan kefahaman yang telah di pasakkan sekian lama dan ummat islam di negara ini perlu mendalami ilmu kaji bintang astronomi dengan lebih pesat dan mendalam, agar negara kita tidak keciciran di dalam bidang ini dibanding dengan negara negara lain didunia; justru itu anda mungkin dapat menghalusi mengenai artikel di bawah ini yang telah saya kutip dari laman yang sedia ada, antaranya seperti berikut;

Kaitan Planet Nibiru dengan Kiamat

Web Tranungkite memuatkan artikel dari blog kerenahdunia.blogspot ( tercantum di bawah) yang memaparkan teori kewujudan Planet Nibiru dan peredarannya yang mungkin boleh menjadi salah satu 'cara' Kiamat itu akan berlaku. Mengikut perkiraan para astronomer yang mempercayai kewujudan planet ini selepas mengamati pattern pergerakannya, diramalkan ia akan menimbulkan kecelaruan peredaran dan putaran planet lain dalam dan berdekatan dengan haluannya. Paling awal diramalkan akan memberi impak kepada bumi pada 21 Disember 2012 dan ada juga ramalan ia bertembung dengan bumi pada tahun 2053.

Sudah tentu bagi mereka yang kekurang masa atau malas hendak memperdalami lebih jauh lagi tentang isu ini, mereka akan menerima sahaja semua teori ini dalam satu shot pembacaan sahaja. Lebih ironis lagi ia akan diterima sebagai satu kebenaran yang tak perlu dipertikaikan lagi.

Untunglah kalau ia mendorong mereka untuk memperbanyakkan ibadah sementara menunggu 'kiamat' yang mereka sangka bakal tiba dalam jangka hayat mereka. Mereka sudah tentu akan memperbanyakkan taubat , amal soleh dan berbuat apa sahaja yang boleh menebus kesalahan masa lalu. Dunia akan lebih selamat didiami dengan ramainya orang-orang yang hendak kembali di jalan Tuhan.

Namun tidak sedikit pula mereka yang sukar menerima kenyataan bahawa hidup mereka terlalu singkat untuk dinikmati. Tak kurang yang akan menyesali takdir Tuhan yang memberi mereka peluang terlalu sedikit untuk merasakan nikmat dunia. Maklumlah selama ini bila kita ingatkan mereka akan janji Tuhan di akhirat yang lebih kekal, mereka tak percaya. Jadi rasa sayang dunia pun bertambah-tambah. Apa lagi ? Sementara belum kiamat, lajaklah habis-habis. Jangan ada lagi keseronokan dunia yang tak dirasa. Lantaklah dosa ke ... yang penting lazat.

aya dapati penulisan kerenahdunia amagt mirip isi dan gambar-gambarnya dengan satu tulisan blogger Indonesia awan965.wordpress.com .

Dari carian ke beberapa laman lain seperti www.squidoo.com/nibiru, www.maya12-21-2012.com, www.apollonius.net dan lain-lainnya, saya dapati pendapat awal tentang kewujudan Planet Nibiru ini sangat kuat berakar dengan kepercayaan suku Maya di Amerika Selatan. Sumber lain yang menjadi rujukan adalah catatan sejarah bangsa Sumeria. Tidak sedikit juga mereka yang menganggap teori sebagai andaian yang kecil kemungkinan akan menjadi satu kenyataan. Buat sahaja carian dengan keyword 'hoax' & 'nibiru' pada mana-mana search engine, anda akan jumpa berlambak-lambak bidasan demi bidasan menidakkan kemungkin hari Kiamat berasaskan fenomena Nibiru. Memang sejak 2003 lagi sudah ditemukan kewujudan Planet X ini, tapi ramai juga yang menafikan Planet Nibiru adalah planet X yang dimaksudkan.

Apa-apa pun sebagai muslim, dalam hal berkaitan Kiamat ni, kita tak dapat lepas daripada merujuk kepada pemberitaan (naba') dari Allah melalui Kitab-Nya dan lisan Rasul-Nya s.a.w. Sabahagiannya telah dipetik oleh penulis blog kerenahdunia.blogspot.com. Pada dasarnya bila Kiamat akan berlaku, Rasulullah s.a.w. pun tidak mengetahuinya ( Surah an-Nazi'at). Namun jika kita tidak dibiarkan teraba-raba kosong melainkan diberi clue kepada kita untuk mengetahui tanda-tanda yang kita patus waspadai menjelang kedatang Kiamat itu. Tanda-tanda tu sudah lama ada. Tinggal nak menunggu tanda-tanda besar sahaja lagi.

Tapi kiamat terdekat yang pasti berlaku pada kita adalah kiamat kecil iaitu kematian yang pasti akan datang kepada kita. Jadi , lama atau dekatnya Kiamat besar ni berlaku, sepatutnya tidak mengurangkan persediaan kita untuk menghadapi kiamat kecil yang bila-bila masa sahaja akan tiba.

Maka berbuatlah untuk dunia seolah-oleh kita akan hidup selama-lamanya dan jangan lupa berbuat untuk akhirat seolah akan mati esok hari.

PETIKAN ARTIKEL TENTANG NIBIRU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan