Jumaat, 11 September 2009

KEMPEN 1 MALAYSIA DI MUSNAHKAN OLEH BN SENDIRI : RAKYAT TAHU DAN RAKAYAT NAMPAK ?

Saudara Pembaca,
Barisan nasional adalah sebuah parti yang semakin tidak di percayai oleh rakyat, setiap masa mereka sentiasa mengocakkan pemikiran rakyat, dan akap tidak serupa bikin, menyuruh rakyat bersatu dalam konsep satu Malaysia, tetapi dalam konsep 1 parti sendiri tidak dapat memberikan tauladan yang baik.Baru baru ini kita lihat kocak dalam PPP, MIC dan MCA, manakala kocak dalam UMNO sentiasa berterusan sehingga ke hari ini.
Mantan Dr. M sendiri di bidas oleh Sami Prisiden MIC, Dato Najib berundur dengan alasan tak mahu campur tangan dalam masalah MCA, kerana menurutnya ahli MCA tidak mahu UMNO campur tangan, ...MANA ADA SATU MALAYSIA ?MASIH ada persaaan syak wasangka antara kaum, masih ada hina menghina antara kaum, masih ada akhbar rasis, kata sami ,Jadi Kempen 1 Malaysia pada hakikatnya telah dikuburkan oleh pemimpin BN sendiri.
Samy Vellu bidas Dr M, selar Utusan
RK Anand
Sep 11, 09
5:24pm
Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".

Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.
FIKIR FIKIRKAN;LAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan