Sabtu, 12 September 2009

JIKA BENAR MENGAPA RAKYAT TETAP MENOLAK BN

Saudara Pembaca,
Mengamati kenyataan di dalam Utusan yang menyebutkan seperti berikut;-

Pembangkang tidak tahu memerintah

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pakatan pembangkang yang disifatkannya tidak tahu memerintah negara ini.
Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila setiap parSti yang menganggotai pakatan berkenaan mempunyai pandangan berbeza mengenai bagaimana caranya negara ini perlu ditadbirkan.
''Pembangkang belum tahu lagi macam mana hendak memerintah negara. Satu parti nak sekular, satu parti nak pemerintahan teokratik atau negara Islam dan satu lagi entah apa pendiriannya pun kita tidak tahu," katanya.
Beliau berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, pakatan itu juga tidak boleh dipercayai dan ini terbukti apabila ia tidak menunaikan janji yang dibuat kepada penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.
''Saya nak tanya pembangkang, janji yang mereka buat. Siapa janji kepada penduduk Kampung Buah Pala kalau kami menang kamu akan tetap berada di sini selama-lamanya," katanya.
Tambah Najib, sikap pakatan itu yang tidak mengotakan janjinya berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang akan menunaikan segala janjinya kepada rakyat.
''BN adalah institusi politik yang terlalu banyak berjasa kepada negara kerana berusaha mewujudkan perpaduan politik.
''Kita juga berusaha untuk menjadikan BN sebuah parti yang inklusif dan meraikan kepelbagaian mengikut acuan dan konsep 1Malaysia iaitu bersikap adil terhadap semua kaum.
''Kita juga harus mengingatkan diri kita dan juga generasi muda bahawa negara ini terkehadapan kerana wujud permuafakatan antara kaum,'' katanya.
FIKIR FIKIRKANLAH :
Jika BN tahu memerntah:
Mengapa Dasar Ekonomi Baru Gagal
Mengapa perpecahan dalam BN Ketara merosakkan sesama sendiri.
Mengapa Pecah amanah dan Isu itu berleluasa
Mengapa Budaya Songsang semakin menular
Mengapa Kerajaan negeri semakin miskin
Mengapa Rakyat terus terhimpit penderitaan
Mengapa birokrasi pejabat mempersulit pengguna
Mengapa Pemimpin saling cantas mencantas
Mengapa kronisme berkembang cepat
Mengapa ekonomi negara semakin merosot
dan mengapa itu terlalu banyak untuk di lihat, jadi jangan cepat menuduh Parti pembangkang tak tahu memerintah, betulkan lah masalah dalaman sendiri sebelum menyerang parti lain, inilah yang di sebut pemimpin tulin , malahan pemimpin dan negarawan harus memiliki kharisma tersindiri, dapat di terima oleh semua rakyat, dapat dihormati oleh parti lawan dan kawan, apakah pemimpin BN sudah memasuki ke sifat kharisma, tepuk dada tanyalah iman, dan fikir fikirkan sendirilah.
Jika Benar, Mengapa Rakyat tetap menolak BN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan